Karnival Pendidikan Atlet 5.0 kembali lagi bermula 14 hingga 25 April 2025 dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) diberi penghargaan untuk membuka tirai karnival yang menawarkan pelbagai keistimewaan kepada atlet untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Bagi sesi ini, wakil daripada UiTM iaitu En. Mohd Yazli Yahya dan Dr. Maisarah Shari telah berkongsi maklumat berkenaan kemasukan atlet ke institusi pengajian UiTM. Antara perkara yang dikongsikan adalah:
Keistimewaan UiTM untuk atlet:
- Yuran pengajian rendah
- Pelbagai program mengikut minat atlet
- Setiap fakulti mempunyai pencapaian cemerlang
- Sistem akademik yang teratur
UiTM dikenali sebagai “Lions”, dan atletnya digelar “Lions Athletes”.
Tiga objektif utama untuk atlet UiTM:
- Melahirkan atlet yang cemerlang dalam akademik dan sukan (“Thinking Athletes”)
- Memberi peluang bersaing di peringkat kebangsaan
- Menjaga kebajikan atlet sepanjang pengajian
Dua program khas untuk atlet negara:
- Sains Sukan
- Pengurusan Sukan
Kaedah pengajian di Fakulti Sains Sukan & Rekreasi:
- Bersemuka
- Open Distance Learning (ODL)
- Track Atlet (fleksibel untuk atlet)
- Sepenuh masa
Syarat minimum kemasukan:
- 3 kepujian dalam sebarang subjek
- Lulus Bahasa Melayu & Sejarah
Sokongan untuk pelajar atlet:
- Perkhidmatan kaunseling
- Bimbingan kerjaya
- Khidmat tutor akademik