Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH MSN BERSAMA ATLET

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBrs. Encik Jefri Ngadirin hari ini mengadakan sesi townhall bersama atlet di bawah program MSN iaitu atlet program podium, pelapis kebangsaan, atlet para podium dan para pelapis kebangsaan.

Tujuan utama sesi ini diadakan adalah untuk membuka ruang dialog dua hala antara pihak pengurusan tertinggi MSN bersama barisan atlet negara.

Sesi dua jam yang diadakan di Dewan Banquet Casa 4 ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pengaran Pengurusan, Encik Arrifin Mohd Ghani; Pengarah Bahagian Atlet, Encik Azrul Hisyam Abdul Jalil dan Pengarah Bahagian Para, Encik Joherman Amir.