Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1/G2/G3 (beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) Kategori ME – Pengkhususan E02 beralamat di Negeri Sembilan dan pendaftarannya masih berkuatkuasa.
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/003/2025 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : CADANGAN KERJA-KERJA PEMASANGAN ALAT PENGESAN KILAT (LIGHTING DETECTOR) DI KOMPLEKS SUKAN MSN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 8 APRIL 2025 (SELASA)
TARIKH TUTUP : 17 APRIL 2025 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan Dokumen Sebut Harga boleh dimuat turun di laman ini. Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Peti Sebutharga & Tender Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Shahrul Azman Zainin (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929831