Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives February 2025

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PEMBELIAN BARANGAN PERUBATAN UNTUK AKDEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI (AMD) BAGI TAHUN 2025 – Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Lembah Klang dan Negeri Pahang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

050102 – PERALATAN DAN KELENGKAPAN PERUBATAN

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/001/2025 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : PEMBELIAN BARANGAN PERUBATAN UNTUK AKDEMI BOLA SEPAK NEGARA MOKHTAR DAHARI (AMD) BAGI TAHUN 2025
TARIKH BUKA : 5 FEBRUARI 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP : 19 FEBRUARI 2025 (RABU) 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

        Lobi Aras 1 (Belakang)
        Bangunan Pentadbiran
        Majlis Sukan Negara Malaysia
        Kompleks Sukan Negara
        57000 Bukit Jalil
        Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Nabil Fikri (Spesifikasi Pembekalan) : 013-9612143

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Sasaran Sukan Sea 2025 tak ikut warna pingat

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menyatakan sasaran pingat bagi Sukan Sea 2025 di Thailand masih lagi kepada jumlah pingat keseluruhan dan bukannya mengikut warna pingat.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, penetapan ini turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

“Penetapan sasaran pingat emas memberikan tekanan berlebihan kepada atlet untuk mempamerkan prestasi terbaik di temasya sukan antarabangsa nanti.

“Pendekatan seperti ini juga merupakan amalan yang telah lama dilaksanakan di beberapa negara seperti Jepun, Korea, Iran, Singapura dan Hong Kong,” katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai sasaran Malaysia bagi temasya Sukan Sea 2025 dan tahap kesiapsiagaan KBS susulan keputusan Thailand yang telah melakukan rombakan membabitkan acara yang akan dipertandingkan di luar jangkaan dengan menambah 15 acara serta menggugurkan 10 acara lain.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, antara sukan dijangka akan menyumbang bilangan pingat yang banyak kepada kontinjen negara adalah akuatik-terjun, berbasikal-trek, hoki, memanah, menembak, pelayaran, skuasy dan tenpin boling.

“Sehingga kini, seramai 350 atlet di bawah Program Podium daripada 19 jenis sukan dan seramai 261 atlet pelapis kebangsaan daripada 15 jenis sukan sedang giat menjalani program latihan di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman,” katanya.

Selain itu katanya, bagi memastikan prestasi altet berada di tahap yang baik, Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Institut Sukan Negara (ISN) dan jurulatih telah membuat perancangan tahun 2025 menerusi pelan periodisasi pada 13 November 2024.

“Program ini akan dilaksanakan mengikut perancangan dan keperluan

serta perkhidmatan sokongan yang diberikan agar tahap prestasi atlet negara dalam keadaan terbaik untuk bersaing di Sukan Sea Thailand serta di kejohanan utama yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata, pengguguran acara yang dilakukan oleh pihak tuan rumah iaitu Thailand dalam acara Sukan Sea akan memberi kesan kepada jumlah pingat yang dipungut oleh kontinjen negara.

“Ini kerana ia melibatkan acara tumpuan atlet negara seperti sukan akuatik-terjun, berbasikal, gimrama, e-sukan dan pencak silat.

“Selain itu, tambahan acara pula akan memberikan kelebihan kepada Thailand selaku tuan rumah dengan penyenaraian acara yang memberikan kelebihan kepada atlet mereka,” katanya.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Farah Ann teruja miliki lesen juri

SELEPAS tiga tahun mengumumkan persaraan gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi kembali ke lantai tari apabila bakal menjadi juri gimnastik di peringkat dunia.

Bekas atlet berusia 31 tahun itu kini memiliki lesen penjurian daripada Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (GIF).

Farah Ann bersama Tan Ing Yueh berjaya menamatkan kursus dan menerima lesen juri antarabangsa di Doha, Qatar bermula 26 hingga 29 Januari lalu.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu menyifatkan kursus tersebut sebagai peluang terbaik buatnya untuk menimba ilmu daripada pakar terkemuka dalam sukan gimnastik.

“Saya teruja untuk membantu dan berkongsi (ilmu) bersama atlet gimnastik di Malaysia,” ujar Farah Ann.

Sejak 25 tahun berkecimpung dalam sukan berkenaan Farah meraih pencapaian terbaik beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam pada itu, Ing Yueh pula mengakui kursus tersebut memberi pengalaman tidak ternilai tentang perspektif sebagai seorang juri.

“Ia dapat membantu memperbaiki teknik latihan dan meningkatkan persembahan atlet-atlet di bawah bimbingan saya,” katanya.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Sunik punyai impian besar 2025

Kuala Lumpur: Atlet kebangsaan, Muhammad Sunik Muslimin mahu melakukan persiapan rapi sebagai persediaan menghadapi kejohanan besar sepanjang tempoh 2025.

Sunik berkata, dia bakal mengharungi beberapa kejohanan utama antara Olahraga Dunia yang bakal berlangsung di Berlin, Jerman dan Sukan Sea Bangkok sekali gus menuntutnya meningkatkan prestasi ke tahap optimum.

Katanya, prestasinya ketika ini berada pada tahap terbaik hasil daripada bantuan jurulatih dan fasiliti yang disediakan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Saya masih lagi berusaha untuk melayakkan diri bagi menyertai kejohanan terbabit kerana masih lagi berada dalam senarai kategori B.

“Walaupun ada tekanan untuk membuktikan kemampuan diri namun ini semua adalah pengalaman untuk menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Ketika ini, saya giat menjalani latihan seperti biasa dengan dipantau oleh jurulatih supaya mampu mendapatkan prestasi terbaik,” katanya.

Sunik yang sudah menjangkau usia 25 tahun antara atlet berpotensi untuk memperoleh pingat dalam acara lompat jauh di temasya Sukan Sea Thailand.

Berdasarkan kepada rekod peribadi, Sunik mencatatkan 7.26 meter (m) dalam acara lompat jauh manakala lompat kijang pula 15.17m.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
International License at the FIG Judges’ Course (XVI Cycle 2025-2028)

Syabas dan tahniah kepada bekas gimnas artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi dan Tan Ing Yueh kerana berjaya menamatkan kursus dan menerima lesen juri antarabangsa di “International License at the FIG Judges’ Course (XVI Cycle 2025-2028)” yang diadakan di Doha, Qatar pada 26 hingga 29 Januari 2025.

Menurut Farah Ann ini adalah peluang terbaik untuk menimba ilmu dari pakar terkemuka dalam sukan gimnastik dan beliau teruja untuk membantu dan berkongsi bersama atlet gimnastik di Malaysia.

Ing Yueh pula mengakui kursus ini memberi pengalaman tidak ternilai tentang perspektif sebagai seorang juri dimana dapat membantu beliau memperbaiki teknik latihan dan meningkatkan persembahan atlet-atlet beliau.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Beasley kecewa tidak dapat kerjasama

KURANG kerjasama daripada jurulatih-jurulatih tempatan berhubung Program Perpindahan Bakat yang dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN) agak mengejutkan pengarah teknikal skuad berbasikal trek negara, John Beasley.

Beasley berkata, sikap sebahagian besar jurulatih tempatan yang lebih mementingkan projek sendiri menyebabkan urusan pencarian bakat baharu dalam sukan berbasikal trek sedikit terganggu.

-Advertisement-

Justeru, beliau menggesa jurulatih-jurulatih supaya memberi peluang kepada barisan atlet untuk membuat keputusan bagi memilih sukan-sukan yang bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing.

“Antara masalah yang kami hadapi adalah ada ramai jurulatih yang lebih mementingkan projek mereka sendiri. Sebagai contoh, kami pergi ke Johor sebelum ini untuk menguji 160 atlet yang mendaftar, tetapi yang hadir hanya 16 orang.

“Keadaan itu berlaku kerana sebahagian yang lain tidak dibenarkan oleh jurulatih mereka. Ini boleh mengganggu perkembangan sukan, jadi mengapa tidak beri peluang kepada atlet untuk mencuba,” katanya.

Sebagai rekod, program Perpindahan Bakat itu dilancarkan oleh MSN Mac tahun lalu bertujuan memberi peluang kepada atlet-atlet untuk mencuba sukan lain selain mempercepatkan proses pencarian bakat baharu.

Antara sukan yang dipertimbangkan untuk program tersebut adalah berbasikal, terjun dan olahraga, melibatkan atlet-atlet dari Sekolah Sukan Malaysia (SSM) serta Sekolah Sukan Negeri (SSN).

“Barisan kejurulatih sepatutnya melihat perkara ini dengan gambaran lebih besar kerana ini adalah usaha untuk melahirkan atlet kebangsaan. Mereka hanya melihat apa yang diperlukan untuk projek kecil mereka sendiri.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana mereka ada sasaran untuk dicapai, jadi ia memerlukan barisan atlet terbaik,” ujar jurulatih dari Australia itu.

Majlis Sukan Negara Malaysia