Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives January 2025

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SESI PENYERAHAN DOKUMEN AKHIR PENYELIDIKAN SUKARELAWAN PENGANJURAN SUKAN

Sesi penyerahan modul penyelidikan pengurusan sukarelawan penganjuran sukan bertajuk β€œMeasuring the Effectiveness of Volunteer Management of High-Performance Sports Organizing and the Development of Modules to Produce Sports Volunteers” telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid, Ketua Pengarah MSN.

Melalui kolaborasi antara Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM, MSN, dan syarikat MBAS TECH PLT, satu sistem inovatif dikenali sebagai Volunteer Management Integrated System (VMiS) telah dibangunkan. Sistem ini beroperasi secara β€˜real-time’ untuk memastikan keberkesanan pengurusan sukarelawan dalam penganjuran sukan berprestasi tinggi.

Keberkesanan modul dan sistem ini telah diuji melalui beberapa kejohanan antarabangsa seperti Asian Cycling Championship (ACC) 2023, Kejohanan Mirnawan Cup 2023, Sepaktakraw World Cup 2024, Kejohanan Supermokh 2024.

Penyelidikan ini menjadi langkah penting dalam memperkasakan pengurusan sukarelawan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
46th SOUTH EAST ASIA SHOOTING CHAMPIONSHIP RIFLE/PISTOL TAOYUAN, CHINESE TAIPEI

Sukan : Menembak

Tempat : Taoyuan, Chinese Taipei

Acara : 10M AIR RIFLE MEN (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡Muhd Irwan (SGP)

πŸ₯ˆFathur (INA)

πŸ₯‰Haziq Fadhil (MAS)

Acara : 25M SPORT PISTOL WOMEN (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡Alia Sazana (MAS)

πŸ₯ˆAsyifa (INA)

πŸ₯‰Saencha Kamonlak (THA)

Acara : 25M SPORT PISTOL WOMEN (BERPASUKAN)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡CHINESE TAIPEI

πŸ₯ˆINDONESIA

πŸ₯‰MALAYSIA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA (INDUK) SUKAN MALAYSIA XXII SELANGOR 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola (Induk) SUKMA XXII Selangor 2026 telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor bertempat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Mesyuarat ini membincangkan cadangan penganjuran Temasya SUKMA 2026 yang dijangka menjadi acara sukan terbesar di Malaysia.

Hadir sama, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan, YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) & Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXII Selangor 2026 serta YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
46th SOUTH EAST ASIA SHOOTING CHAMPIONSHIP RIFLE/PISTOL TAOYUAN, CHINESE TAIPEI

Sukan : Menembak

Tempat : Taoyuan, Chinese Taipei

Acara : 10M AIR PISTOL MEN (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡Chang Lu (TPE)

πŸ₯ˆSudhket (THA)

πŸ₯‰Syafiq (MAS)

Acara : 10M AIR PISTOL MEN (BERPASUKAN)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡MALAYSIA

πŸ₯ˆCHINESE TAIPEI

πŸ₯‰INDONESIA

Acara : 10M AIR PISTOL WOMEN (BERPASUKAN)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡CHINESE TAIPEI

πŸ₯ˆMALAYSIA

πŸ₯‰INDONESIA

Acara : 10M AIR PISTOL MEN JUNIOR (INDIVIDU)

Pusingan : AKHIR

πŸ₯‡Jinli Wei-Hua (TPE)

πŸ₯ˆPutra Hizkhia (INA)

πŸ₯‰Justin Joannes (MAS)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PROGRAM TIPS TEMUDUGA
Tarikh:13 Julai 2024 (Sabtu)
Masa:11.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Tempat:Bilik Merpati , Aras 1, Casa 1, Majlis Sukan Negara Malaysia

Program ini telah diadakan oleh Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet dengan kerjasama Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Tujuan program ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan kepada atlet yang memohon Biasiswa YB Pendidikan Tinggi – Atlet Cemerlang IPT 2024 berkaitan persediaan yang diperlukan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temuduga. Seramai 22 orang atlet MSN yang telah memohon biasiswa ini. 

Sebanyak dua slot telah diadakan. Slot pertama ialah berkaitan Tips Temuduga telah disampaikan oleh En. Niyewzuan Bin Amar Iszuan Cheng (Penolong Setiausaha, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi).

Manakala slot kedua pula berkenaan Penampilan telah disampaikan oleh En. Ludinata bin Misnun atau lebih dikenali sebagai Rudy Ludinata, (Timbalan Pengarah, Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Putra Malaysia). Beliau juga merupakan Perunding Imej yang berpengalaman.

Penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Pendidikan, Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE).

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PENERANGAN – PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM
Tarikh:4 Jun 2024 (Selasa)
Masa:11.00 Pagi – 1.00 Tengahari
Tempat:Bilik Merpati, Aras 1, Casa 1, Majlis Sukan Negara Malaysia

Program ini telah diadakan oleh Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebanyak 2 Sesi Penerangan telah diadakan. Sesi 1 berkaitan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR). Penerangan ini telah disampaikan oleh Encik Razif bin Sazali, Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban.

Manakala Sesi Kedua pula berkenaan Pra Diploma UiTM telah disampaikan oleh Puan Siti Noriah Mohd Shotor, Koordinator Pra Siswazah, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.

Turut hadir Puan Siti Nafisah Md Rashid, Pengerusi Misi Akademik, UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE).

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Utara Malaysia (UUM) Dengan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) Serta Majlis Sukan Negari Kedah (MSNK)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) serta Majlis Sukan Negari Kedah (MSNK) telah diadakan pada 6 November 2024 (Rabu), 3.00 petang di Balai Tamu, Bangunan Sultan Sallehuddin Canselori, Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

Tujuan MoU ini di adakan  adalah sebagai kesinambungan objektif Majlis Sukan Negara Malaysia dibawah program “Malaysian Athlete’s Career And Education (MACE) iaitu  “One State, One University, One Centre”.

MoU ini telah ditandatangani oleh YBrs. En. Abdul Rashid bin Yaakub (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN), Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Bin Sakdan (Naib Canselor, Universiti Utara Malaysia) dan  YBrs. En. Zulzuraidy Bin Othman (Pengarah, Majlis Sukan Negeri Kedah).

Turut hadir sebagai saksi adalah YBhg. Datuk Shalin bin Zulkifli (Ketua Sekretariat, Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE), Majlis Sukan Negara Malaysia), YBrs. Dr. Nasiruddin Bin Haron, Pengarah Pusat Sukan, Universitii Utara Malaysia) dan YBrs. En. Muhammad Faathir Bin  Shahabuddin, Ketua Unit Pengurusan Sukan, Atlet dan Acara, Majlis Sukan Negeri  Kedah). Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara University College TATI (UC TATI) Dengan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) Dan Majlis Sukan Negari Terengganu (MSNT)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara University College TATI (UC TATI) Dengan Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dan Majlis Sukan Negari Terengganu (MSNT) telah diadakan pada 24 Oktober 2024 (Khamis), jam 10.00 pagi di Dewan Besar PMINT, Tingkat 3, Menara PMINT, Kuala Terengganu.

Tujuan MoU ini diadakan  adalah sebagai kesinambungan objektif Majlis Sukan Negara Malaysia dibawah program “Malaysian Athlete’s Career And Education (MACE) iaitu  “One State, One University, One Centre”.

MoU ini telah ditandatangani oleh YBrs. En. Abdul Rashid bin Yaakub (Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN),  YBrs. Prof. Dr Anuar bin Ahmad  (Rektor Universitiy College TATI ) dan  YBrs. En. Ahmad Shahrizal bin Yahaya (Pengarah, Majlis Sukan Negeri Terengganu).

Turut hadir sebagai saksi adalah YBhg. Datuk Shalin bin Zulkifli (Ketua Sekretariat, Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE), Majlis Sukan Negara Malaysia), YBrs. TS Dr Mohd Najib bin Muhamed (Timbalan Rektor, Akademik dan Pengantarabangsaan, Universitiy College TATI) dan YBrs. Dr. Haji Nasree bin Najmi (Timbalan Pengarah (Pembangunan Sukan), Majlis Sukan Negeri Terengganu). Turut hadir 7 orang Atlet SUKMA Terengganu 2024 (pelajar UC TATI, Kampus City, Kursus Diploma Sukan Rekreasi). Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sesi fotografi.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KARNIVAL PENDIDIKAN ATLET 4.0

Majlis Sukan Negara (MSN) melalui Sekretariat MACE telah menganjurkan Karnival Pendidikan Atlet 4.0  pada 26 Februari hingga 8 Mac 2024 melalui Facebook Live MSN dan Youtube MSN. Karnival ini disasarkan kepada golongan atlet kebangsaan di bawah program Majlis Sukan Negara dan atlet negeri di bawah seliaan Majlis Sukan Negari serta atlet murid di Sekolah Sukan Malaysia.

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platfom terbaik kepada para atlet untuk membolehkan mereka untuk mengetahui kursus-kursus bersesuaian yang berada di Institusi Pendidikan secara webinar. Sebanyak 22 Institusi Pendidikan dan Agensi telah terlibat, iaitu:

  1. Scholarships2u (S2U)
  2. Universiti Malaya (UM)
  3. University College TATI
  4. Kolej Poly- Tech MARA (KPTM)
  5. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
  6. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
  7. Widad University College
  8. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  9. Kementerian Pengajian Tinggi – Biasiswa YB Menteri Pendidikan – Atlet Cemerlang IPT
  10. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
  11. Imperium International College (IIC)
  12. Kementerian Belia & Sukan – Biasiswa Sukan Persekutuan
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. Management & Science University (MSU)
  15. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  16. Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
  17. Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) – Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT)
  18. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  19. Institut Latihan Kementerian Belia & Sukan (ILKBS)
  20. Jabatan Tenaga Manusia (JTM)
  21. Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian (KPM)
  22. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENGUCAPAN AWAM ATLET NEGARA

Kursus Pengucapan Awam buat Atlet Negara telah diadakan pada 30 April 2024 (Selasa) pukul 9.00 pagi sehingga 1.00 petang bertempat di Bilik Merpati, Casa 1, MSN Bukit Jalil. Kursus anjuran Cawangan Kerjaya MACE itu menyaksikan kehadiran seramai 10 orang atlet dan dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari syarikat Career Expert iaitu Coach Nik Faiz.

Kursus ini dibahagikan kepada 3 modul iaitu gaya komunikasi ditempat kerja, cara mengawal emosi ketika berkomunikasi serta modul komunikasi berkesan.

Majlis Sukan Negara Malaysia