Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SKUAD BOLING NEGARA TERIMA INSENTIF KHAS

Majlis Sukan Negara (MSN) memberi penghargaan dengan insentif khas berjumlah RM90,000 kepada atlet boling negara yang cemerlang di Kejohanan Piala Dunia IBF di Hong Kong sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian mereka, walaupun Piala Dunia IBF tidak disenaraikan dalam Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) oleh Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC).

Insentif khas tersebut telah disampaikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bertempat di Menara KBS, Putrajaya.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.