Pemenang pingat di Sukan Paralimpik Paris 2024 menerima kereta baharu daripada Chery Malaysia yang memberi tawaran diskaun kepada pemenang-pemenang pingat di temasya sukan terbesar dunia itu tahun lalu.
Syarikat pengeluar kereta itu memberi diskaun besar sebagai penghargaan memenangi pingat dan menghormati kejayaan atlet paralimpik negara.
Diskaun 50 peratus ditawarkan kepada pemenang emas Paralimpik, manakala pemenang pingat perak menerima diskaun 30 peratus.
Selain itu, diskaun 15 peratus turut diberikan kepada semua atlet yang layak ke Sukan Olimpik Paris.
Jaguh badminton negara yang juga pemenang pingat emas kategori SU5, Cheah Liek Hou memilih model elektrik sepenuhnya Chery Omoda E5 manakala jaguh lontar peluru yang memenangi pingat perak kategori F20, Muhammad Ziyad Zolkefli memilih model Chery Omoda 5.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.