Satu Bengkel Retreat KPI MSN untuk tahun 2025 telah diadakan pada 8 hingga 11 Januari 2025 bagi tujuan membincangkan hala tuju dan merangka strategi jangka panjang yang menyeluruh dan berkesan bagi mencapai visi dan misi Majlis Sukan Negara.
Bengkel tiga hari tersebut telah dihadiri lebih 30 orang yang terdiri daripada pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan MSN itu, telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
Pada ucapan pembukaan bengkel tersebut, beliau turut menyentuh berkaitan hal-hal pengurusan peruntukan kewangan kerajaan dan etika perbelanjaan penuh integriti serta patuh dengan sop yang ditetapkan oleh jabatan.


















