KOTA KINABALU – Siri Sports Icon Tour sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Sabah telah berlangsung di pentas utama Kompleks Sukan Likas pada Jumaat.
Sesi perkongsian dan bertemu mesra bersama atlet Gimnastik Artistik Negara @sharulaimy mendapat sambutan hangat daripada pengunjung-pengunjung yang hadir.
Program Madani Rakyat yang berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Oktober 2024 bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pentas sama pada Sabtu.
Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Pusat Sukan, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diadakan pada 14 hingga 17 Oktober 2024 bertempat di Dewan Auditorium Pusat Penginapan Pelajar, UUM, Sintok Kedah.
Seramai 32 peserta yang terdiri daripada Pegawai Pusat Sukan, Akademi Golf Nasional UUM serta Pelajar UUM, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan UiTM Arau, Perlis turut hadir ke kursus tersebut.
Majlis Penutup pula telah disempurnakan oleh Dr. Nasiruddin bin Haron, Pengarah Pusat Sukan, UUM.
Bengkel Penggunaan Media Sosial untuk Atlet Program MSN Siri 2 diteruskan pada 16 Oktober 2024 bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya. Bengkel pada hari ini melibatkan atlet-atlet para daripada program podium dan pelapis kebangsaan, dengan matlamat memperkukuh kemahiran mereka dalam memanfaatkan media sosial secara positif dan strategik.
Kedua-dua siri bengkel tersebut dikendalikan oleh Encik Munir Anaam Zuljadan, Penganalisis Media, yang memberikan pendedahan menyeluruh mengenai kebaikan dan keburukan media sosial, selari dengan keperluan atlet di era digital.
Melalui bengkel ini, para atlet diharap dapat memahami penggunaan media sosial secara beretika dan profesional, sekaligus memaksimumkan manfaatnya untuk menyokong kerjaya serta reputasi mereka.
Bengkel Penggunaan Media Sosial untuk Atlet Program MSN Siri 1 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), MSN yang diadakan pada 15 Oktober 2024 bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya.
Siri bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada atlet tentang kebaikan dan keburukan media sosial. Seramai 20 orang atlet telah hadir ke bengkel tersebut.
Topik Pembelajaran :
1. Peranan media sosial dalam sukan.
2. Teknik untuk menilai kekuatan kandungan di media sosial.
PUTRAJAYA – Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3.
Seramai lebih kurang 15,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya hari ini bagi menyertai acara Fit Malaysia merangkumi Larian MADANI, Berjalan untuk Negara dan banyak lagi.
Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu serta penampilan khas atlet-atlet negara.
Dalam pada itu, Majlis Sukan Negara turut mengadakan sesi bertemu mesra bersama atlet negara di reruai disamping menyediakan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah dan kuiz berkaitan sukan.