Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN BAKAT GRAND FINAL INTER-ZONE 2024

SUKAN: ANGKAT BERAT

TARIKH: 18-22 SEPTEMBER 2024

TEMPAT: GIMNASIUM 2, MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

15-17 TAHUN

LELAKI – 73KG & +73KG

PUNGUTAN PINGAT

ZON UTARA

🥇33

🥈23

🥉14

ZON TENGAH

🥇19

🥈19

🥉9

ZON SELATAN

🥇8

🥈15

🥉14

ZON TIMUR

🥇9

🥈8

🥉6

ZON BORNEO

🥇1

🥈2

🥉8

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Bonnie dapat ‘durian runtuh’ RM500,000

KUCHING: Pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik, Bonnie Bunyau Gustin layak dijadikan model yang harus dicontohi untuk menjadi atlet yang berjaya.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, berikutan kejayaan yang dicapai, kerajaan Sarawak menyediakan insentif sebanyak RM500,000 kepada Bonnie hasil kejayaannya meraih pingat emas Paralimpik Paris 2024.

Abang Johari berkata, beliau percaya ganjaran lumayan yang diterima atlet kelahiran Kampung Baru Mawang, Serian itu akan menjadi dorongan kepada atlet muda Para SUKMA untuk berlatih dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan pada masa depan.

“Bonnie Bunyau adalah atlet para yang harus kita ambil sebagai contoh dan saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia.

Disyorkan Untuk Anda

“Pencapaian itu bukan sahaja mengharumkan negara Malaysia tetapi juga Sarawak dalam sukan antarabangsa,” katanya dalam ucapan pada Upacara Perasmian Para SUKMA XXI Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, malam ini.

Abang Johari berkata, apabila berbicara mengenai atlet para, pasti ramai yang terbayang kepayahan mereka dalam mempersiapkan diri untuk mengharumkan nama negeri atau wilayah yang diwakili.

“Namun saya percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kekuatan terbesar seorang atlet para adalah terletak pada semangat dan motivasinya untuk berjaya.

“Berbekalkan kepada kecekalan dan keberanian, mantra ‘impossible’ bertukar ke ‘I’m possible” adalah detik bagi menjadikan matlamat pencapaian atlet para setaraf dengan atlet normal,” katanya.

Menurutnya, pencapaian cemerlang atlet negara pada Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini membuktikan keupayaan atlet para Malaysia di arena sukan antarabangsa.

“Semangat mereka kita perlukan sebagai pendorong kepada pembudayaan dan pembangunan sukan para secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.

“Setiap atlet para yang bakal bertanding di sini (Para SUKMA XXI) juga menunjukkan bahawa batasan fizikal bukanlah penghalang untuk mencapai kecemerlangan,” katanya.

Selain itu katanya, semua jenis sukan adalah sebahagian daripada agenda nasional yang mampu menyemarakkan semangat patriotik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Sejak berdekad lamanya, sukan mengajar kita untuk menyelami erti perpaduan, bekerjasama dan menanam rasa cinta kepada negara.

“Malah, sukan mengikat kita sebagai bangsa yang tebal dengan nilai-nilai kasih sayang sekali gus menyatukan kita merentasi garis-garis kaum dan agama sesuai dengan slogan rasmi kita, ‘Semangat Perpaduan Membara’,” katanya.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
TPM Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai terbuka China

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan tahniah kepada beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani atas kejayaan menjuarai kejohanan badminton Terbuka China.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan ke atas pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final hari ini sebagai suatu yang bukan mudah untuk digapai dan ia harus diraikan oleh semua peminat sukan badminton negara, apatah lagi mereka berdepan dengan lawan yang merupakan pilihan kelima.

“Kemenangan ini merupakan pencapaian sulung Goh Sze Fei-Nur Izzuddin membawa pulang gelaran dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000,” katanya.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang tewas 13-21 di set pertama bangkit untuk menang dua set berikutnya 21-12, 21-17 ke atas lawan di ranking ketujuh dunia itu sekali gus membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$148,000 (RM622,361).

Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai atas persembahan yang hebat walaupun tewas di tangan pasangan tuan rumah Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-16, 14-21, 17-21 untuk bergelar naib juara.

Ahmad Zahid berharap perlawanan tersebut dapat menjadi penguat semangat kepada beregu campuran negara itu untuk terus berjuang ke peringkat seterusnya.

“Tahniah Malaysia!,” kata beliau. – BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Izzuddin-Sze Fei harap Xiang Yu cepat pulih

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi apabila enggan meraikan kejayaan mereka menjuarai badminton Terbuka China, hari ini.

Pasangan ranking ke-12 dunia itu merangkul gelaran sulung mereka dalam saingan Jelajah Dunia BWF Super 1000 apabila menundukkan wakil tuan rumah yang juga pilihan kelima, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 13-21, 21-12, 21-17 pada aksi final di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.

Bagaimanapun, kejayaan bersejarah gandingan negara itu dibayangi dengan kecederaan belakang dialami Xiang Yu sebaik tamat set pertama sehingga dia terpaksa menerima rawatan di tepi gelanggang.

Sze Fei berkata, ia bukanlah cara diinginkan untuk meraih gelaran terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini.

Aksi Nur Izzuddin (kanan) dan Goh Sze Fei (kiri) ketika menentang beregu China, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu di final Terbuka China. Foto: AFP
Aksi Nur Izzuddin (kanan) dan Goh Sze Fei (kiri) ketika menentang beregu China, He Ji Ting dan Ren Xiang Yu di final Terbuka China. Foto: AFP

“Ini bukan cara yang kami mahukan untuk menang. Saya doakan Xiang Yu segera pulih,” kata Sze Fei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kemenangan itu menyaksikan Izzuddin-Sze Fei menjadi beregu pertama Malaysia yang merangkul gelaran dalam kejohanan Super 1000.

Sebelum ini, hanya pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia berjaya muncul juara Super 1000 dalam era Jelajah Dunia BWF sejak diperkenalkan pada 2018 selepas menjuarai Seluruh England 2021.

Pencapaian itu juga menyaksikan Izzuddin-Sze Fei menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu lelaki di Terbuka China selepas kali terakhir dilakukan gandingan adik beradik, Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif pada edisi 1989.

Sebagai rekod, ini adalah gelaran kedua Izzuddin-Sze Fei musim ini selepas muncul juara Terbuka Jepun, bulan lalu.

Selaku juara, Izzuddin-Sze Fei membawa pulang hadiah wang tunai AS$148,000 (RM622,361) manakala Ji Ting-Xiang Yu meraih AS$70,000 (RM294,360).-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
ARA SUKMA XXI SARAWAK 2024 – PARA LAWN BOWLS BUKA GELANGGANG AWAL

Sukan Para Lawn Bowls membuka gelanggang awal hari ini dengan perlawanan pusingan kumpulan di Arena Lawn Bowls Sarawak, Petrajaya.

Para Lawn Bowls yang berlangsung dari 22 hingga 28 September 2024 menawarkan 19 pingat emas keseluruhan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS MAKAN MALAM PARA SUKMA XII SARAWAK 2024

Menjelang temasya sukan terbesar untuk atlet para bertanding di peringkat kebangsaan, satu Majlis Makan Malam Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dilangsungkan di Hikmah Exchange, Kuching pada Sabtu.

Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang membuka tirai pada 22 hingga 28 September 2024 menyaksikan penyertaan 1,275 atlet para serta 719 pegawai sukan untuk 10 jenis sukan dengan 328 acara yang dipertandingkan.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Belia Dan Sukan Yang Berhormat Hannah Yeoh serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Adam Adli.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
27th ASIAN TENPIN BOWLING CHAMPIONSHIPS 2024

Tarikh : 14 – 26 September 2024

Tempat : Bangkok, Thailand

Keputusan

Acara: 3 Berpasukan Lelaki

🥇 – Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan & Muhammad Hafiz

🥈 – Park Dong Hyuk, Lee Ik Kyu & Kang Mung Jing (KOR)

🥉 – Jovi Ma, Tony Wong & Wu Siu Hong (HKG)

Keputusan

Acara: 3 Berpasukan Wanita

🥇– Bernice Lim, Daphne Tan, & New Hui Fen (SGP)

🥈– Natasha Roslan, Gillian Lim & Sin Li Jane (MAS)

🥉– Jung Da Wun, Ka Yun Mi & Baek Seung Ja (KOR)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN BAKAT GRAND FINAL INTER-ZONE 2024

SUKAN: ANGKAT BERAT

TARIKH: 18-22 SEPTEMBER 2024

TEMPAT: GIMNASIUM 2, MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

15-17 TAHUN

LELAKI : 61KG, 67KG,

WANITA : 45KG, 49KG, 55KG, 59KG, 64KG & +64KG

KEMAS KINI PUNGUTAN PINGAT

ZON UTARA

🥇33

🥈20

🥉11

ZON TENGAH

🥇19

🥈19

🥉9

ZON SELATAN

🥇3

🥈14

🥉14

ZON TIMUR

🥇9

🥈6

🥉3

ZON BORNEO

🥇

🥈2

🥉8

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Bilangan 4 bagi Petronas Le Tour de Langkawi 2024

Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Bilangan 4 bagi Petronas Le Tour de Langkawi 2024 telah dipengerusikan oleh En. Emir Abdul Jalal, COO Petronas Le Tour de Langkawi 2024, dan diadakan di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara (MSN).

Mesyuarat ini bertujuan untuk memberikan makluman terakhir mengenai operasi pengelolaan serta mendapatkan maklum balas daripada Ketua-ketua Jabatan PLTdL menjelang kurang daripada 8 hari sebelum perlumbaan bermula. Turut dihadiri oleh En. Mohd Yuzaidi Usop, Ketua Cawangan Pengurusan Badan Sukan, En. Ahmad Arif Astaman Technical Director Petronas Le Tour de Langkawi dan juga dihadiri oleh 3 orang wakil dari Petronas.

Majlis Pengenalan Pasukan akan diadakan di Pulau Langkawi pada 27 September 2024 akan datang. Sama-sama kita nantikan perlumbaan yang berprestij ini.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT BERSAMA KETUA KONTINJEN (CDM) BILANGAN 1/2024 PARA SUKMA XXI SARAWAK

Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri Para SUKMA XXI Sarawak telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA Sarawak bertempat di Hotel Sheraton pada Sabtu.

Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bakal membuka tirai pada 22 hingga 28 September 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia