16 buah negeri dan wilayah persekutuan bakal berentap merebut gelaran juara Jelajah Juara Esports Malaysia 2024 yang berlangsung dari 18 hingga 22 Disember 2024.
JJEM 2024 merupakan kejohanan pembangunan untuk mengembangkan ekosistem e-sukan dengan lebih teratur.
JJEM 2024 musim kedua ini mempertandingkan E-Football dan Gran Turismo konsol Playstation 5 dan 3 sukan fizikal iaitu sepakan penalti, 100 meter individu dan 4×100 meter.
Jelajah yang diadakan di Dewan Banquet Casa 4 MSN Bukit Jalil ini telah dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan, En. Jefri Ngadirin.

















