Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Bahagian Kewangan dengan kerjasama Cawangan Sumber Manusia telah menganjurkan Hari Kewangan dan Sumber Manusia 2024 di Dewan Banquet Casa 4, Bukit Jalil, untuk meningkatkan kesedaran tentang pengurusan kewangan dan sumber manusia.
Pelbagai agensi seperti KWSP, PERKESO, LHDN, AKPK, dan Unit Psikologi KBS menyertai hari terbuka tersebut, dengan memberikan maklumat terkini tentang perkhidmatan dan juga pemeriksaan kesihatan percuma oleh KKM.
Turut dihadiri oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN, dan YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) MSN.










