Bengkel Sukan Malaysia XXII Selangor 2026 kini sedang berlangsung bermula 27 hingga 29 November 2024 di Pulau Pinang.
Bengkel 3 hari anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia ini melibatkan semua Pengarah dan Pegawai Majlis Sukan Negeri.
Antara intipati perbincangan bengkel termasuklah mengenai jenis sukan dan acara yang bakal dipertandingkan, penetapan had umur serta semakan dan penambahbaikan Peraturan Am Sukan Malaysia menuju ke arah pengelolaan temasya Sukan Malaysia XXII Selangor 2026.
Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara Malaysia.
Turut hadir sama adalah YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, MSN, YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sukan, MSN dan Encik Norhashimi Hussain, Pengurus Besar (Temasya Pelbagai Sukan), Majlis Olimpik Malaysia.