Bengkel Pemurnian Modul Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 yang berlangsung dari 20 hingga 22 November 2024 telah diadakan di The Pearl Kuala Lumpur. Seramai 12 orang Fasilitator KPSK, terdiri daripada Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam telah terlibat pada bengkel yang diadakan selama dua hari itu.
Fokus utama bengkel adalah untuk menambah baik dan mengemas kini modul KPSK Tahap 1, yang akan menjadi rujukan penting kepada warga sukan di pelbagai peringkat dan juga menyediakan garis panduan yang menyeluruh dan praktikal, bagi membantu individu serta organisasi sukan mentadbir persatuan mereka dengan lebih cekap dan profesional.
Dengan usaha penambahbaikan ini, diharapkan modul KPSK Tahap 1 dapat terus menyumbang kepada pembangunan kapasiti kepimpinan dan pengurusan sukan di Malaysia.