Majlis Sukan Negara (MSN) telah menerima kunjungan hormat daripada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur pada 20 November 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Pertemuan ini melibatkan kehadiran YBrs. Encik Arrifin Mohd Ghani, Timbalan Ketua Pengarah MSN (Sektor Pengurusan), dan SAC Ravindar Singh A/L Sarban Singh, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK KL.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk mengukuhkan hubungan kerjasama antara MSN dan PDRM dalam aspek keselamatan serta pencegahan jenayah bagi memastikan kelancaran acara sukan dan keselamatan komuniti.