Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives November 7, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA, DAN MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM), Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN), dan Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) berlangsung pada 6 November 2024, bertempat di Balai Tamu, Bangunan Sultan Sallehuddin Canselori, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Tujuan utama MoU ini adalah sebagai langkah berterusan dalam mencapai objektif MSN melalui program “Malaysian Athlete’s Career and Education” (MACE) dengan konsep “One State, One University, One Centre”. Program ini bertujuan menyediakan laluan kerjaya dan pendidikan yang bersepadu bagi atlet Malaysia, memastikan sokongan holistik dalam pembangunan diri dan kerjaya mereka.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. En. Abdul Rashid bin Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia; Prof. Dato’ Dr. Mohd Fo’ad Bbn Sakdan, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia; dan YBrs. En. Zulzuraidy Bin Othman, Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS PENGURUSAN SUKAN KEBANGSAAN (KPSK) TAHAP 1 BERSAMA SUKAN WANITA SIRI 2/2024

Kursus Pengurusan Sukan Kebangsaan (KPSK) Tahap 1 bersama Sukan Wanita Siri 2/2024 telah diadakan pada 5 hingga 7 November 2024 di The Pearl Kuala Lumpur.

48 orang peserta terdiri daripada Persatuan Sukan dan Bahagian Pendidikan Khas, KPM telah menyertai kursus 3 hari ini.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Shukri Harun, Ketua Cawangan Program Khas Bahagian Bakat & Pembangunan Wanita, Majlis Sukan Negara.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MENCETAK DAN MEMBEKAL KAD AKREDITASI DAN TALI (LANYARD) KBS MASTERS GAMES 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221615 – REKABENTUK PERCETAKAN (PRINTING DESIGN)

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/046/2024 (S)
TAJUK SEBUTHARGA : MENCETAK DAN MEMBEKAL KAD AKREDITASI DAN TALI (LANYARD) KBS MASTERS GAMES 2024
TARIKH BUKA : 7 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP : 12 NOVEMBER 2024 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat DAN Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Nurehsan Hasaan (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929962

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia