Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives October 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SESI PENYERAHAN INSENTIF GRABPOINT KEPADA KONTINJEN PARIS 2024

BUKIT JALIL – Satu sesi Penyerahan Insentif GrabPoint Rewards untuk Atlet-Atlet Kontinjen Olimpik dan Paralimpik Malaysia Paris 2024 telah diadakan pagi tadi bertempat di Mini Stadium, MSN.

Insentif yang berupa ganjaran mata dalam aplikasi Grab dihadiahkan kepada semua atlet yg bertanding di Temasya Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 sebagai tanda penghargaan pihak Grab Malaysia kepada wira dan wirawati negara.

Sesi penyerahan yang dihadiri Pn. Adelene Foo, Pengarah Urusan Grab Malaysia, turut dihadiri Pengarah Bahagian Para En. Mohd Sofian Hamzah, pemenang-pemenang pingat Paralimpik Paris, Datuk Abd Latif Romly, Ziyad Zolkefli, dan Eddy Bernard.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
#PETRONASLTdL2024

Pelumba Britain, Max Poole, dari pasukan DSM-Firmenich PostNL berjaya mengungguli peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, yang melibatkan laluan mendaki sejauh 170.3 kilometer dari Taiping ke Cameron Highlands. Poole mencatatkan masa 4 jam 24 minit 34 saat sekaligus mengatasi Harold Martin Lopez dari pasukan Astana Qazaqstan Team dan Thomas Pesenti dari JCL Team UKYO.

Laluan mendaki yang mencabar ini benar-benar menguji keupayaan pelumba dalam perlumbaan, dan kemenangan Poole menonjolkan kebolehannya sebagai salah satu pendaki muda berbakat dalam arena sukan berbasikal.

Majlis Penyerahan Penajaan Hadiah Insentif Milo Kepada Kontinjen Malaysia
Majlis Penyerahan Penajaan Hadiah Insentif Milo Kepada Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Olimpik & Paralimpik Paris 2024

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Majlis Penyerahan Penajaan Hadiah Insentif Milo Kepada Kontinjen Malaysia di Temasya Sukan Olimpik & Paralimpik Paris 2024.

Dalam majlis tersebut seramai 56 atlet Malaysia yang beraksi di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 menerima RM10,000 setiap seorang daripada Milo.

Kontinjen Malaysia membawa pulang dua pingat gangsa dalam Sukan Olimpik dan dua emas, dua perak, satu gangsa di Sukan Paralimpik.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia