Bengkel Penggunaan Media Sosial untuk Atlet Program MSN Siri 2 diteruskan pada 16 Oktober 2024 bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya. Bengkel pada hari ini melibatkan atlet-atlet para daripada program podium dan pelapis kebangsaan, dengan matlamat memperkukuh kemahiran mereka dalam memanfaatkan media sosial secara positif dan strategik.
Kedua-dua siri bengkel tersebut dikendalikan oleh Encik Munir Anaam Zuljadan, Penganalisis Media, yang memberikan pendedahan menyeluruh mengenai kebaikan dan keburukan media sosial, selari dengan keperluan atlet di era digital.
Melalui bengkel ini, para atlet diharap dapat memahami penggunaan media sosial secara beretika dan profesional, sekaligus memaksimumkan manfaatnya untuk menyokong kerjaya serta reputasi mereka.















