PETRONASLTdL2024 telah berakhir hari ini selepas tamatnya peringkat ke-8 (Bintulu Loop) dengan jarak perlumbaan sejauh 147.5 km.
Edisi ke-28 ini turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, serta YB Dato’ Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, Seni Persembahan, Belia, Sukan, dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Max Poole dari pasukan DSM-Firmenich PostNL dinobatkan sebagai juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, menjadikannya pelumba kedua dari Britain yang mencapai gelaran ini. Perlumbaan tahun ini meliputi jarak sejauh 1,190 km, bermula di Pulau Langkawi dan berakhir di Bintulu, Sarawak.