Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives September 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN BAKAT GRAND FINAL INTER-ZONE 2024

SUKAN: ANGKAT BERAT

TARIKH: 18-22 SEPTEMBER 2024

TEMPAT: GIMNASIUM 2, MAJLIS SUKAN NEGARA BUKIT JALIL

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

13THN – 14THN

LELAKI : 49KG, 55KG, 61KG, 67KG, 73KG, +73KG

-Info Kejohanan-

Kejohanan Bakat Grand Final Inter-Zone Sukan Angkat Berat 2024 menghimpunkan 87 orang atlet lelaki dan 41 orang atlet wanita yang mewakili zon masing-masing iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Borneo.

Kejohanan ini melibatkan 2 kategori umur iaitu 13-14 tahun, 15-17 tahun lelaki dan wanita. Pemilihan atlet ke peringkat akhir adalah berdasarkan pemenang pingat emas dan perak yang telah dimenangi semasa kejohanan peringkat zon yang diadakan pada bulan Jun dan Julai yang lalu. Bagi atlet yang pernah memenangi pingat di Kejohanan Kebangsaan dan SUKMA tidak dibenarkan bertanding.

KEMAS KINI PUNGUTAN PINGAT

ZON UTARA

๐Ÿฅ‡8

๐Ÿฅˆ8

๐Ÿฅ‰4

ZON TENGAH

๐Ÿฅ‡7

๐Ÿฅˆ5

๐Ÿฅ‰4

ZON SELATAN

๐Ÿฅ‡

๐Ÿฅˆ3

๐Ÿฅ‰5

ZON TIMUR

๐Ÿฅ‡3

๐Ÿฅˆ2

๐Ÿฅ‰2

ZON BORNEO

๐Ÿฅ‡
๐Ÿฅˆ

๐Ÿฅ‰3

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
27th ASIAN TENPIN BOWLING CHAMPIONSHIPS 2024

Tarikh : 14 – 26 September 2024

Tempat : Bangkok, Thailand

Beregu Lelaki

๐Ÿฅ‡ – Tun Hakim & Shaqeem Izwan Teh (MAS)

๐Ÿฅˆ – Park Dong Hyuk & Bae Jong Hun (KOR)

๐Ÿฅ‰ – Lee Ik Kyu & Hwang Dong Wook (KOR)

Beregu Wanita

๐Ÿฅ‡– Natasha Roslan & Sin Li Jane (MAS)

๐Ÿฅˆ– Jung Da Wun & Baek Seung Jang (KOR)

๐Ÿฅ‰– Nora Lyana & Nur Syazwani (MAS)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MAJLIS PELANCARAN UNITE INTERNATIONAL TOURNAMENT DAN PENYERAHAN JALUR GEMILANG KEPADA PASUKAN SUKAN ESTETIK KEBANGSAAN

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, En. Abdul Rashid Yaakub melancarkan Unite International Tournament yang akan berlangsung pada 25 hingga 29 September 2024 di KLS Esplanade Mall, Klang.

Pada majlis sama turut menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan Sukan Estetik Kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Asia di Hong Kong pada Oktober dan Kejohanan Dunia di Estonia pada November 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
27th ASIAN TENPIN BOWLING CHAMPIONSHIPS 2024

Tarikh : 14 – 26 September 2024

Tempat : Bangkok, Thailand

Keputusan: Individu Lelaki

๐Ÿฅ‡ – Rafiq Ismail (MAS)

๐Ÿฅˆ – Muhammad Hafiz (MAS)

๐Ÿฅ‰ – Syafiq Ridhwan (MAS)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KURSUS KEJURULATIHAN SUKAN PING PONG TTAM-PTT TAHAP 1, 2024

Kursus Kejurulatihan Sukan Ping Pong TTAM-PTT Tahap 1 telah diadakan pada 14 hingga 18 September 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Seramai 21 orang jurulatih wanita telah hadir ke kursus yang berlangsung selama 5 hari.

Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan lebih ramai jurulatih wanita yang berkelayakan dan bertauliah serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran elemen teknikal dengan gabungan sains sukan dalam bidang kejurulatihan sukan ping pong.

Ia juga merupakan salah satu usaha pemerkasaan wanita dalam Program Wanita Dalam Sukan.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
COMMONWEALTH WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIP 2024

Tarikh : 17 – 21 Sept 2024

Tempat : Suva, Fiji

Event: Menโ€™s 55 kg

Snatch

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พRahimi Sulaiman: 103 kg

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณMaharajan: 97 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ทDegia Alfred: 85 kg

Clean&jerk

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พRahimi Sulaiman: 125 kg

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณMaharajan: 120 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ทDegia Alfred: 108 kg

Total

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พRahimi Sulaiman: 228 kg

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณMaharajan: 217 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ทDegia Alfred: 193 kg

Event: Menโ€™s 61 kg

Snatch

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAniq Kasdan: 131 kg (CR/NR)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ฌBaru Morea: 110 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณV.Kishore: 110 kg

Clean&jerk

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAniq Kasdan: 167 kg

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ฌBaru Morea: 155 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAmin Hakimi: 138 kg

Total

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAniq Kasdan: 298 kg

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ฌBaru Morea: 265 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAmin Hakimi: 244 kg

Event: Menโ€™s 67kg

Snatch

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAznil Bidin: 134 kg(NR)

๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณT.Madhavan: 133 kg

๐Ÿ‡ผ๐Ÿ‡ธVaipava: 125 kg

Clean&jerk

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAznil Bidin: 166 kg(NR)

๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณT.Madhavan: 162 kg

๐Ÿ‡ผ๐Ÿ‡ธVaipava: 160 kg

Total

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAznil Bidin:300 kg(NR)

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณT.Madhavan: 295 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ผ๐Ÿ‡ธVaipava: 285 kg

Snatch(Youth)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พNurul Syasya: 67 kg

๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡บGeorgia: 61 kg

๐Ÿ‡ซ๐Ÿ‡ฏMereia Claris: 53 kg

Clean&jerk(Youth)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พNurul Syasya: 88kg

๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡บGeorgia: 77 kg

๐Ÿ‡ซ๐Ÿ‡ฏMereia Claris: 70 kg

Total(Youth)

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พNurul Syasya: 155 kg

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡บGeorgia: 138 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ซ๐Ÿ‡ฏMereia Claris: 123 kg

Event: Menโ€™s 73 kg

Snatch

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พErry Hidayat: 142 kg

๐Ÿ‡ฎ๐Ÿ‡ณBharali: 136 kg

๐Ÿ‡ผ๐Ÿ‡ธJohn Tafi: 135 kg

Clean&jerk

๐Ÿ‡ผ๐Ÿ‡ธJohn Tafi: 174 kg

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พErry Hidayat: 166 kg

๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ทMoses Ezekiel: 169 kg

Total

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ผ๐Ÿ‡ธJohn Tafi: 309 kg

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พErry Hidayat: 308 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ทMoses Ezekiel: 304 kg

Event: Womenโ€™s 64 kg

Snatch

๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ทCrystie: 98 kg

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พNur Syazwani: 88 kg(NR)

๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ฆNadia Yangui: 86 kg

Clean&jerk

๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ทCrystie: 122 kg

๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ฆNadia Yangui: 112 kg

๐Ÿ‡ฆ๐Ÿ‡บZoe Gersigny: 110 kg

4th๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พNur Syazwani: 108 kg(NR)

Total

๐Ÿฅ‡๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ทCrystie: 220 kg

๐Ÿฅˆ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ฆNadia Yangui: 198 kg

๐Ÿฅ‰๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พNur Syazwani: 196 kg(NR)

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT PENDAFTARAN DELEGASI PARA SUKMA SARAWAK XXI 2024

Kuching – Bahang Temasya Para Sukma Sarawak XXI 2024 sudah bermula. Sesi pertama Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) berjalan lancar di Hotel Raia, Kuching.

Lima negeri yang terlibat pada sesi pertama hari ini terdiri daripada Johor, Negeri Sembilan, Sarawak, Pulau Pinang dan Selangor.

Setiap kontinjen perlu mengesahkan penyertaan atlet dan pegawai, semakan aspek penginapan, sajian serta pengangkutan. Kontinjen juga akan peroleh kad akreditasi di akhir sesi.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Pearly-Thinaah kaut RM234,234 dalam tempoh kurang sebulan

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh kurang sebulan, beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah sudah mengumpul hadiah wang kemenangan keseluruhan berjumlah RM234,234.

Habuan lumayan itu diperoleh menerusi pencapaian mereka dalam tiga kejohanan yang disertai bermula Terbuka Jepun dari 20 hingga 25 Ogos diikuti Terbuka Korea (27 Ogos hingga 1 September) dan Terbuka Hong Kong (10 hingga 15 September).

Di Terbuka Jepun, Pearly-Thinaah yang terkandas di suku akhir meraih hadiah wang kemenangan sebanyak AS$5,312.50 (RM22,852).

Pasangan nombor lapan dunia itu kemudiannya menerima ganjaran sebanyak AS$15,960 (RM68,654) selepas muncul naib juara Terbuka Korea.

Semalam, Pearly-Thinaah terus menambah pendapatan mereka apabila membawa pulang hadiah wang kemenangan sebanyak AS$33,180 (RM142,728) susulan kejayaan muncul juara Terbuka Hong Kong.

Kedua-dua pasangan itu berpeluang untuk meraih ganjaran lebih lumayan apabila dijadual beraksi di Terbuka China yang bermula, esok.

Kejohanan bertaraf Super 1000 itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$2 juta (RM8.6 juta) dengan juara bagi acara beregu akan membawa pulang AS$148,000 (RM636,677).-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Hasrat Izzat Shameer ada asasnya

KEM boling padang negara telah membuktikan kesediaan untuk dikembalikan semula ke dalam Program Podium berdasarkan pencapaian terkini atlet sukan tersebut.

Malah jelas Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, pencapaian Izzat Shameer Dzulkeple kini pemain nombor satu dunia lelaki dan Nor Farah Ain Abdullah ranking kedua dunia wanita Siri Boling Padang Dunia (WBS) dijelmakan menerusi keputusan positif dalam setiap kejuaraan disertai kedua-duanya.

โ€œSejujurnya, apabila Izzat Shameer Dzulkeple menyatakan hasratnya supaya boling padang dikembalikan semula dalam Program Podium ada asasnya.

โ€œIni tidak hanya membolehkan atlet boling padang negara mendapat latihan lebih sistematik, tetapi paling penting untuk mereka tampil konsisten meraih lebih banyak keputusan positif bagi mengharumkan nama negara dalam temasya atau kejuaraan pada masa depan.

โ€œJadi kini PLBM (Persekutuan Boling Padang Malaysia) perlu tampilkan perancangan lebih bersistematik untuk sokongan berterusan selepas atlet mereka menyerlah menempatkan diri dalam kedudukan terbaik dunia kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dan MSN (Majlis Sukan Negara),โ€ katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Izzat Shameer sebelum ini menyuarakan harapan supaya sukan itu disenaraikan semula ke dalam Program Podium selepas menempatkan diri di kedudukan nombor satu dunia apabila mengumpul 822 mata mengatasi Stewart Anderson, Scotland (797 mata), Aron Sherriff, Australia (781 mata), Harry Goodwin, England (644 mata), Sheldon Bagrie-Howley, New Zealand (618 mata).

Pencapaian Izzat itu juga diikuti atlet boling padang wanita negara, Nor Farah Ain, apabila berada di kedudukan kedua ranking dunia dengan 645 mata mengekori rapat pendahulu, atlet Australia, Kelsey Cottrell (676 mata), yang turut dicabar Tayla Bruce, New Zealand (608 mata), Julie Forrest, Scotland (568 mata), dan Selina Goddard, New Zealand (567 mata).

Izzat Shameer mengungguli ranking nombor satu dunia selepas memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki di Kejuaraan Boling Padang Asia, perak perseorangan lelaki dan gangsa beregu campuran bersama Nor Farah Ain di Guernsey.

Nor Farah Ain pula menduduki tempat kedua ranking wanita selepas memenangi pingat emas perseorangan wanita kejuaraan yang berlangsung di Kepulauan Channel.

Sebagai rekod, boling padang sebelum ini berada dalam Program Podium ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, namun dikeluarkan selepas sukan itu tidak dipertandingkan dalam Sukan SEA Kemboja 2023 dan Sukan Asia Hangzhou 2022.-Sinar Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Sarjit dedah punca Speedy Tigers duduki tangga tercorot

KUALA LUMPUR: Kurang klinikal di kawasan ‘D’ dan kerap melakukan kesilapan mudah menjadi antara punca Speedy Tigers menamatkan kempen Trofi Juara-Juara Asia (ATC) 2024 di China dengan nota mengecewakan.

Skuad hoki lelaki negara terpaksa menerima hakikat pahit menghuni tangga tercorot kejohanan membabitkan enam pasukan itu selepas tewas 2-4 kepada Jepun menerusi penalti shoot-out dalam penentuan tempat kelima dan keenam, hari ini.

Akur keputusan yang diraih mengecewakan, ketua jurulatih Sarjit Singh berkata anak buahnya tidak menyangka Jepun berjaya membawa permainan ke penalti shoot-out selepas terikat 4-4 tamat masa permainan.

“Kami ada peluang untuk menjaringkan gol tetapi kurang klinikal di dalam kawasan ‘D’,” kata Sarjit mengulas kekalahan kepada Jepun itu.

“Kami juga melepaskan gol yang agak mudah dan membenarkan Jepun untuk melakukan kebangkitan. Kami mendahului dan membenarkan lawan bangkit dengan memberi gol-gol yang tidak sepatutnya.

“Pemain sudah berusaha keras namun kesilapan mudah memusnahkan harapan kami untuk memenangi perlawanan.

“Kami tidak menjangkakan perlawanan akan berakhir dengan shoot-out, kerana kami yakin mampu untuk menamatkan perlawanan dalam tempoh 60 minit.”

Tiba di Hulunbuir, China dengan status naib juara edisi tahun lalu di India, keputusan kali ini sebagai rekod adalah yang terburuk pernah diraih skuad Speedy Tigers sepanjang tujuh penampilannya di kejohanan itu.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia