Tahniah @cheahliekhou4956 menghadiahkan pingat emas pertama kontinjen Malaysia sebentar tadi di Porte De La Chapelle dalam sukan para badminton acara individu lelaki SU5 dengan menewaskan pemain Indonesia Suryo Nughoro 21-13, 21-15.

















Tahniah @cheahliekhou4956 menghadiahkan pingat emas pertama kontinjen Malaysia sebentar tadi di Porte De La Chapelle dalam sukan para badminton acara individu lelaki SU5 dengan menewaskan pemain Indonesia Suryo Nughoro 21-13, 21-15.
KUALA LUMPUR: Impian untuk menyaksikan seorang lagi pemain badminton negara berada di podium pada Sukan Paralimpik Paris tidak kesampaian apabila Muhammad Fareez Anuar tewas dalam aksi penentuan pingat gangsa kategori SU5 (kecacatan fizikal), sebentar tadi.
Pada aksi di Porte de La Chapelle Arena itu, Fareez yang membuat penampilan pertama di temasya berkenaan terpaksa akur tewas dalam pertarungan tiga set di tangan wakil Indonesia, Dheva Anrimusthi.
Fareez bermula baik untuk menyalakan harapan bagi membawa pulang gangsa apabila menang set pertama 21-17.
Bagaimanapun, Dheva kembali bangkit di set kedua yang berlangsung sengit sebelum pemain Indonesia itu menang 21-19 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Aksi set ketiga menyaksikan dominasi penuh daripada Dheva yang melangkah ke luar sebagai pemenang dengan kemenangan 21-12.
Terdahulu, jaguh badminton negara, Cheah Liek Hou berjaya menyumbang emas pertama Malaysia di Paralimpik Paris selepas mengatasi seorang lagi pemain Indonesia, Suryo Nugroho pada aksi final kategori sama.
Dalam perlawanan itu, Liek Hou tidak berdepan masalah untuk mempertahankan emas yang dimenanginya pada edisi Tokyo 2020, tiga tahun lalu menerusi kemenangan 21-13, 21-15.-Berita Harian
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menepati ramalan apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Paralimpik Paris 2024, sebentar tadi.
Kejayaan itu hadir selepas pemain berusia 36 tahun itu mengatasi wakil Indonesia, Suryo Nugroho pada aksi final kategori SU5 (kecacatan fizikal) di Porte de La Chapelle Arena.
Liek Hou membuktikan statusnya selaku juara dunia lapan kali apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan Suryo dengan keputusan 21-13, 21-15 dalam tempoh 41 minit.
Kemenangan menyaksikan Liek Hou yang dibimbing Nova Armada mempertahankan emas dimenanginya pada edisi Tokyo 2020, tiga tahun lalu.
Sebaik melangkah masuk ke dalam gelanggang, emas sebenarnya sudah boleh dianggap berada dalam genggaman Liek Hou selepas dia berjaya menewaskan Suryo di peringkat Kumpulan A sebelum ini.
Beraksi sebagai pilihan utama kejohanan, Liek Hou mendominasi sepenuhnya permainan di set pertama sehingga membuatkan lawannya berada dalam tekanan sehingga melakukan banyak kesilapan mudah sebelum menang 21-13.
Meskipun Suryo cuba beri tentangan di set kedua untuk mengheret perlawanan ke set penentuan namun Liek Hou kekal fokus untuk menamatkan aksi dengan kemenangan 21-15.
Kejayaan memenangi emas kali ini menyaksikan Liek Hou bakal menerima ganjaran sebanyak RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).-Berita Harian
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir sama ke Majlis Penghargaan Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 oleh Kedutaan Perancis di Malaysia yang disambut oleh TYT Mr. Axel Cruau, Duta Besar Perancis pada Isnin bertempat di Rรฉsidence de France, KL.
Turut hadir ke majlis tersebut, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
PARIS: Daya pecutan kurang menjadi faktor utama Wong Kar Gee terlepas kedudukan podium acara lompat jauh lelaki T12 (kecacatan penglihatan) pada Sukan Paralimpik Paris 2024 di sini, hari ini.
Kar Gee memperoleh tempat keempat acara tersebut dengan catatan terbaik 6.85 meter pada hari keempat saingan olahraga di Stade de France.
Atlet berusia 33 tahun itu percaya lompatannya mungkin akan menjadi lebih baik sekiranya mempunyai kelajuan diperlukan bagi menjamin sekurang-kurangnya gangsa, sebelum dipintas pada percubaan terakhir oleh Fernando Vazquez dari Argentina yang melakukan 6.88m.
“Saya punya kelajuan pun kurang dan tidak berada dalam prestasi terbaik hari ini. Ketika latihan saya ada kelajuan namun hari ini tidak tahu mengapa kurang kelajuan.
“Memang kecewa tidak dapat gangsa. Ada orang cakap nombor empat ialah kedudukan terburuk tetapi bagi saya ia menaikkan semangat saya untuk lebih kuat berlatih,” katanya selepas aksinya di sini, hari ini.
Emas menjadi milik Said Najafzade dari Azerbaijan dengan 7.27m dan Donior Saliyev dari Uzbekistan (7.16m) meraih perak.
Keputusan hari ini menyaksikan Kar Gee membaiki prestasinya selepas menduduki tempat keenam acara lompat jauh T13 (kecacatan penglihatan) dengan catatan 5.93m pada penampilan sulung di Tokyo 2020.
Catatan terbaik atlet dari Sabah itu ialah 7.22m yang dilakukannya ketika Terbuka China 2018 dan dia berharap untuk kembali menyinar pada Sukan Para Asia 2026 di Jepun.
Meskipun umurnya kian meningkat, dia memberikan bayangan bahawa Paris 2024 bukanlah penampilan terakhirnya di pentas Paralimpik dan mahu terus berjuang pada Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles.
“Saya rasa masih boleh (Sukan Paralimpik 2028). Jika boleh ‘perform’ kenapa tidak teruskan,” kata pemenang perak Kejohanan Olahraga Para Dunia 2019 di Emiriah Arab Bersatu itu.
Berasal dari Kota Kinabalu, Kar Gee menghidap penyakit Stargardt sejak lahir sebelum penglihatannya bertambah lemah ketika berusia lapan tahun. – BERNAMA
PARIS: Jurulatih pecut skuad olahraga para negara, Hamberi Mahat hanya memerlukan tiga bulan untuk membimbing Eddy Bernard yang menyumbang pingat sulung negara menerusi gangsa 100 meter (m) lelaki T44 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Hamberi menyifatkan pencapaian dilakar Eddy cukup menakjubkan memandangkan acara pecut itu bukanlah fokus utama anak buahnya yang sebelum ini menyertai lompat jauh sehingga pernah menggondol emas pada Sukan Para ASEAN 2022 di Solo, Indonesia.
Bekas pelari pecut negara itu berkata segala-galanya bermula apabila dia mengesan bakat dimiliki atlet berusia 23 tahun itu yang memiliki kepantasan baik bagi jarak 60 meter (m) ketika beraksi untuk acara lompat jauh.
“Saya ada beritahu kepada jurulatih Shahrul Amri Suhaimi bahawa Eddy ada potensi besar untuk menang pingat di Sukan Paralimpik tapi perlu dorongan lebih dengan menambah kelajuan dan daya tahan memandangkan kelajuan pada 40m terakhir masih kurang baik.
“Selepas merangkul perak 100m lelaki T44 Sukan Para Asia Hangzhou 2022, jurulatih Shahrul ada beritahu saya dia tidak mampu tolong Eddy untuk acara tersebut pada Paris 2024 dan disebabkan itu dia menyerahkannya kepada saya sekitar April lepas,” katanya kepada Bernama.
Biarpun hanya lebih sebulan melatih Eddy, Hamberi membuktikan sentuhan magisnya, apabila atlet tersebut berjaya merangkul perak pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun, Mei lepas.
Bagaimanapun, dia mengakui masih perlu memantapkan lagi teknik larian Eddy bagi jarak 40m terakhir selepas ini.
Seandainya mempunyai persiapan yang lebih rapi, Hamberi optimis atlet dari Beluran, Sabah itu mampu lebih menyinar dengan merangkul emas atau perak Sukan Paralimpik 2028 di Los Angeles.
Jurulatih itu pada masa sama amat mengagumi komitmen tinggi Eddy sepanjang sesi latihan dan usahanya benar-benar berbaloi selepas menjelmakan pingat sulung buat negara di kota Paris.
Bukan sahaja memperoleh gangsa pada penampilan sulungnya di pentas Paralimpik, malah catatan 11.58 saat (s) dilakukan Eddy memecahkan rekod Asia milik wakil Sri Lanka, Indika Gamage iaitu 11.75s pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024.
Pingat emas pada aksi semalam disambar wakil Afrika Selatan, Mpumelelo Mhlongo dengan catatan 11.12s manakala pingat perak menjadi milik atlet Cuba, Yamel Luis Vives Suares dengan 11.20s. – BERNAMA
Youโre almost there โฆ Aksi Wong Kar Gee dalam Sukan Olahraga Acara Lompat Jauh Lelaki (T12) sebentar tadi
Wong Kar Gee mencatat lompatan 6.85m untuk menduduki tempat ke-4 daripada 6 peserta yg bertanding.
Info Para ::: Kategori T12 – Acara Olahraga Trek (T) atlet kelainan upaya kecacatan pada masalah penglihatan.
NAKHON RATCHASIMA (KORAT), THAILAND
1-8 SEPTEMBER 2024
KEPUTUSAN ACARA MEN REGU
1.India
2.China
3.Malaysia
4.Singapore
5.Brunei
Perlawanan 1
Malaysia vs Singapore
(2-0)
Set 1 : 15-2
Set 2 : 15-6
Perlawanan 2
Malaysia vs China
(2-0)
Set 1 : 15-8
Set 2 : 15-6
Perlawanan 3
Malaysia vs Brunei
(2-1)
Set 1 : 13-15
Set 2 : 15-9
Set 3 : 15-13
Perlawanan 4
Malaysia vs India
(2-0)
Set 1 : 15-5
Set 2 : 15-9
Keputusan Kedudukan Pingat :
MALAYSIA
INDIA
SINGAPORE
BRUNEI
Tahniah Eddy Bernard!!!!Kontinjen Negara mendapat hadiah paling bermakna daripada atlet Para Olahraga Eddy Bernard apabila beliau memperoleh pingat gangsa
menerusi acara 100M T44 dengan catatan 11.58 saat di Stade De France 7:30 petang tadi waktu Paris.
Untuk rekod Eddy berjaya memperbaharui catatan peribadi 11.77 saat yg dibuat di Kejohanan Dunia di Kobe, Jepun pada Mei lalu.
Aksi Nur Azlia Syafinaz bersama jurumudi Nurul Suhada Zainal dalam acara Kelayakan 3000m Kejar-Mengejar Individu Wanita B bersaing dengan pasukan Amerika Syarikat Hannah Chadwick dan Skyler Espinoza di Saint-Quentin-En-Yvelines Velodrome sebentar tadi.
Pasukan negara mencatat masa 3:49.029s untuk menduduki tempat ke-8 keseluruhan dan gagal menempah slot ke peringkat seterusnya. Cuba lagi Kontinjen Malaysia!!!