Menjelang temasya sukan terbesar untuk atlet para bertanding di peringkat kebangsaan, satu Majlis Makan Malam Para SUKMA XXI Sarawak 2024 dilangsungkan di Hikmah Exchange, Kuching pada Sabtu.
Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang membuka tirai pada 22 hingga 28 September 2024 menyaksikan penyertaan 1,275 atlet para serta 719 pegawai sukan untuk 10 jenis sukan dengan 328 acara yang dipertandingkan.
Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Belia Dan Sukan Yang Berhormat Hannah Yeoh serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Yang Berhormat Adam Adli.