Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Bilangan 4 bagi Petronas Le Tour de Langkawi 2024 telah dipengerusikan oleh En. Emir Abdul Jalal, COO Petronas Le Tour de Langkawi 2024, dan diadakan di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara (MSN).
Mesyuarat ini bertujuan untuk memberikan makluman terakhir mengenai operasi pengelolaan serta mendapatkan maklum balas daripada Ketua-ketua Jabatan PLTdL menjelang kurang daripada 8 hari sebelum perlumbaan bermula. Turut dihadiri oleh En. Mohd Yuzaidi Usop, Ketua Cawangan Pengurusan Badan Sukan, En. Ahmad Arif Astaman Technical Director Petronas Le Tour de Langkawi dan juga dihadiri oleh 3 orang wakil dari Petronas.
Majlis Pengenalan Pasukan akan diadakan di Pulau Langkawi pada 27 September 2024 akan datang. Sama-sama kita nantikan perlumbaan yang berprestij ini.








