CADANGAN KERJA-KERJA MEREKABENTUK DAN UBAHSUAI PEJABAT SERTA BERKAITAN DENGANNYA DI BANGUNAN CASA 4, MSN BUKIT JALIL UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk Gred G1, Kategori CE Pengkhususan – Pembinaan Kejuruteraan Awam Kod CE21 – (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam) dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Sembilan serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/019/2024 (SK)
TAJUK SEBUT HARGA : CADANGAN KERJA-KERJA MEREKABENTUK DAN UBAHSUAI PEJABAT SERTA BERKAITAN DENGANNYA DI BANGUNAN CASA 4, MSN BUKIT JALIL UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
TARIKH BUKA : 19 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS)
TAKLIMAT : 23 SEPTEMBER 2024 (ISNIN/11.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK BANGUNAN CASA 4, MSN BUKIT JALIL
TARIKH TUTUP : 30 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Profail Syarikat dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

        Peti Sebutharga & Tender
        Lobi Aras 1 (Belakang)
        Bangunan Pentadbiran
        Majlis Sukan Negara Malaysia
        Kompleks Sukan Negara
        57000 Bukit Jalil
        Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin@Mustapha ( Urusetia Perolehan) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>