Kursus Kejurulatihan Sukan Ping Pong TTAM-PTT Tahap 1 telah diadakan pada 14 hingga 18 September 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Seramai 21 orang jurulatih wanita telah hadir ke kursus yang berlangsung selama 5 hari.
Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan lebih ramai jurulatih wanita yang berkelayakan dan bertauliah serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran elemen teknikal dengan gabungan sains sukan dalam bidang kejurulatihan sukan ping pong.
Ia juga merupakan salah satu usaha pemerkasaan wanita dalam Program Wanita Dalam Sukan.








