Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-
221001– KHIDMAT KEBERSIHAN DAN RAWATAN-PEMBERSIHAN BANGUNAN DAN PEJABAT atau
221002- MEMBERSIH KAWASAN
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/040/2024 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN (KEBERSIHAN DAN LANDSKAP) DI PUSAT PERAHU LAYAR KEBANGSAAN, LANGKAWI, KEDAH SECARA KONTRAK BERKALA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 17 SEPTEMBER 2024 (SELASA)
TAKLIMAT : 18 SEPTEMBER 2024 (RABU/10.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK PUSAT PERAHU LAYAR KEBANGSAAN, LANGKAWI, KEDAH
TARIKH TUTUP : 24 SEPTEMBER 2024 (SELASA)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga boleh dimuat turun di laman ini manakala dokumen sebut harga akan diperolehi semasa sesi taklimat. (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-
Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837
Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>