YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah hadir ke sesi perkongsian bersama Khabib Nurmagomedev pada 30 September 2024 bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Seramai 50 orang atlet dari sukan tempur (tinju, karate, muay thai, wushu dan taekwondo) telah hadir ke sesi perkongsian tersebut.
Diharapkan dengan sesi perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan panduan kepada semua atlet.
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)Gred G2 Kategori ME – Pengkhususan M01 berdaftar di Negeri Melaka sahaja serta pendaftarannya masih berkuatkuasa.
NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/041/2024 (SPK) TAJUK SEBUT HARGA : KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA BERKALA (NON-KOMPREHEHNSIF) BAGI BAGI SISTEM PENGHAWA DINGIN JENIS BERASINGAN (SPLIT UNIT) DI KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA UNTUK MSNM TARIKH BUKA : 30 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) TARIKH TUTUP : 7 OKTOBER 2024 (ISNIN) SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI
Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)
Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.
Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :
Peti Sebutharga & Tender
Lobi Aras 1 (Belakang)
Bangunan Pentadbiran
Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
57000 Bukit Jalil
Kuala Lumpur
Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.
Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :- Cik Norfarizan Noordin@Mustapha (Urusetia Perolehan) : 03-89929066 En. Mohd Nur Aliff Muhammad (Spesifikasi Teknikal) : 03-89929606
#PETRONASLTdL2024 Ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat SUK Perlis dan Majlis Sukan Negeri Perlis diatas sokongan serta bantuan yang memainkan peranan besar dalam kejayaan acara seperti LTdL.
Sambutan ketibaan keluarga LTdL di Jeti Kuala Perlis pada hari ini sudah pasti menjadi detik yang tidak dilupakan, bukan sahaja oleh pelumba antarabangsa, tetapi juga oleh komuniti setempat yang turut merasai kemeriahannya.
Diharapkan perlumbaan peringkat kedua dari Arau ke Butterworth pada 30 September 2024 akan berjalan dengan lancar serta memberikan pengalaman indah kepada semua peserta dan pengunjung. Semoga keindahan Perlis yang damai dan menawan terus dikenang oleh semua yang menyertai LTdL tahun ini.
KUCHING – Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 secara rasminya menutup tirai malam tadi di Stadium Perpaduan, Petrajaya.
Upacara penutup yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh turut diserikan dengan persembahan unik daripada tuan rumah.
Untuk temasya kali ini, Jawatankuasa Pemilihan telah sebulat suara memilih atlet para renang dari Sabah, Shahafiq Abdullah untuk gelaran Atlet Lelaki Terbaik Para SUKMA Sarawak 2024.
Atlet berusia 20 tahun yang meraih 4 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa itu berjaya memecahkan 4 rekod kebangsaan menerusi acara kategori S6 (kecacatan fizikal) 100M gaya bebas, 100M gaya kuak lentang, 50M gaya kuak kupu-kupu dan 50M gaya bebas.
Manakala gelaran Atlet Wanita Terbaik dianugerahkan kepada atlet para memanah Pahang, Loh Chi Hui. Chi Hui yang berusia 34 tahun berjaya meraih 4 pingat emas menerusi acara WS/ST (Berkerusi roda) Individu Recurve Kelayakan, Pusingan Olimpik, Recurve Berpasukan Terbuka dan Recurve Berpasukan WS/ST dengan 1 rekod kebangsaan dan 2 rekod temasya.
Stadium Perpaduan semakin gamat apabila Kontinjen Sarawak diumum sebagai Juara Keseluruhan Para SUKMA Edisi 2024.
Sarawak yang mengungguli carta pungutan pingat sejak hari pertama temasya berlangsung telah meraih 82 emas, 53 perak dan 74 gangsa dan merampas kembali takhta juara yang diambil Sabah pada 2022 untuk mencatat kemenangan buat kali ke-14.
Pada temasya kali ini, kontinjen Negeri Di Bawah Bayu Sabah terpaksa akur di kedudukan naib juara dengan 62 emas, 42 perak dan 32 gangsa.
Debaran kian terasa dengan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 yang bakal berlangsung esok, 29 September 2024 di Pulau Langkawi. Bagi memastikan perlumbaan bertaraf Pro Series ini dapat dijalankan dengan lancar, taklimat pra perlumbaan telah diadakan seawal jam 9 pagi pada Sabtu.
Beberapa aspek utama telah diberi perhatian dan dibincangkan secara mendalam, termasuk pergerakan trafik dan konvoi, liputan media, pendaftaran pasukan, serta mesyuarat pengurus pasukan.
Semoga #PLTdL2024 tahun ini berjalan dengan lancar dan mampu memberikan pengalaman terbaik kepada para pelumba. Let the race begin!
Majlis pelepasan Domestique by PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin, EXCO Pelancongan Negeri Kedah.
Kayuhan istimewa ‘Domestique by PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 telah menampilkan seramai 500 peserta dengan jarak sejauh 97.5km di Pekan Kuah, Langkawi.
Turut hadir sama, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.