Lee Zii Jia – Badminton (Perseorangan Lelaki)
Merci beaucoup Zii Jia
Lee Zii Jia – Badminton (Perseorangan Lelaki)
Merci beaucoup Zii Jia
Satu lagi kebangkitan dari atlet negara! Giliran Lee Zii Jia ceriakan Kontinjen Malaysia dengan pingat gangsa kedua selepas menewaskan Sen Lakshya dari India dalam pertarungan 3 set 13-21, 21-16, 21-11.
Syabas dan tahniah Kami bangga dengan anda
Pasukan Trio Memanah Negara tiba di KLIA dari #OlympicsParis pada jam 3.30 petang tadi. Trio yang dibarisi oleh Ariana Nur Dania, Syaqiera Mashayikh dan Nurul Azreena Mohd Fazil tersekat di peringkat pusingan penyingkiran 1/8 apabila kalah 3-5 kepada Indonesia, Diananda Choirunisa, Syifa Nurafifah Kamal dan Rezza Octavia. Sukan Olimpik Paris 2024 ini juga merupakan penampilan sulung buat Ariana Nur Dania dan juga Nurul Azreena.
Turut hadir sama, Encik Azrul Hisyam Abd Jalil, Pengarah Bahagian Atlet, MSN.
Atlet berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir tidak menamatkan perlumbaan sejauh 158 kilometer apabila dilaporkan mengalami kekejangan di kedua-dua kakinya.
Aisyah yang membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik tidak menamatkan perlumbaan bersama 13 pelumba lain.
Comeback stronger Aisyah
Gavin Kyle Green menutup saingan hari terakhir dengan melakukan dua bawah par 69, sekaligus menamatkan kempen Sukan Olimpik Paris 2024 di kedudukan ke-33 dengan pukulan keseluruhan tiga bawah par 281 bersama Fabrizio Zanotti dari Paraguay.
Atlet pelayaran negara, Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif masing-masing menduduki tempat ke-32 dan ke-33 dalam acara single-handed dinghy lelaki ILCA 7 dan wanita ILCA 6 selepas tamat lapan perlumbaan.
World Sailing
Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Merci beaucoup Aaron-Wooi Yik
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian pingat Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan memenangi pingat gangsaselepas menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19.
Kejayaan ini sekaligus menyaksikan Aaron-Wooi Yik mempertahankan pingat yang di menangi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tahniah @aaronchiatengfong@sohwooiyik !! Pingat gangsa pertama di #Paris2024 menerusi acara Beregu Lelaki!
Come back is real
Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia terpaksa akur dengan kehebatan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn apabila tewas 14-21, 15-21 sekaligus gagal ke peringkat akhir.
Comeback stronger Zii Jia Letβs fight for bronze!