Kunjungan hormat YBrs. Dr Muhammed Abdul Khalid, Pengarah Allianz Malaysia Berhad

PARIS – Kunjungan hormat YBrs. Dr Muhammed Abdul Khalid, Pengarah Allianz Malaysia Berhad dan Pengerusi Allianz General Insurance Company (M) Berhad ke Sekretariat Malaysia House (MH) di Clichy.

Untuk makluman, Allianz Malaysia merupakan penaja utama Program Para sejak 2022 sehingga kini bagi menyokong Program Pembangunan Para sehingga ke Program Podium Para.

Ketibaan beliau disambut Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan MSN, Encik Arrifin Mohd Ghani.