Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTDL) 2024, hari ini memperkenalkan Tourism Malaysia sebagai pemegang jersi Raja Bukit bagi perlumbaan berbasikal berprestij itu bakal menyaksikan permulaan saingan di Langkawi, Kedah pada 29 September nanti.
Turut hadir sama, YBrs. En. Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN, YBrs. En. Saidi Bundan, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia dan YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.









