Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives August 26, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
4th World Taijiquan Championships

Day 3 (26 Aug 2024)

Women 3rd set Taijishan

🥇1st – MAS🇲🇾 Kwan Yong Xin

🥈2nd – CAN🇨🇦

🥉3rd – USA🇺🇸

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
TOURISM MALAYSIA PEMEGANG JERSI POLKA-DOT “KING OF MOUNTAIN”

Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTDL) 2024, hari ini memperkenalkan Tourism Malaysia sebagai pemegang jersi Raja Bukit bagi perlumbaan berbasikal berprestij itu bakal menyaksikan permulaan saingan di Langkawi, Kedah pada 29 September nanti.

Turut hadir sama, YBrs. En. Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN, YBrs. En. Saidi Bundan, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia dan YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERKHIDMATAN PENYEDIAAN FERI RORO DAN TONGKANG DI KUALA KEDAH DAN KUALA PERLIS BAGI PENGANJURAN LTDL 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah Dan Perlis serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221504 – Kapal/Bot/Bot Tunda/Feri/Bot Malim/Barge/Jet Ski/Kapal Selam

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/019/2024 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENYEDIAAN FERI RORO DAN TONGKANG DI KUALA KEDAH DAN KUALA PERLIS BAGI PENGANJURAN LTDL 2024
TARIKH BUKA : 26 OGOS 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 2 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Fairul Fadzli Ahmad Muzni (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERKHIDMATAN SEWAAN BAS SEMPENA KARNIVAL SUKAN WANITA KEBANGSAAN 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221503 – Kenderaan/Jentera/Kenderaan Rekreasi

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/018/2024 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN SEWAAN BAS SEMPENA KARNIVAL SUKAN WANITA KEBANGSAAN 2024
TARIKH BUKA : 22 OGOS 2024 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP : 28 OGOS 2024 (RABU)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
Pn. Muhaini Abdul Latiff (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929907

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERKHIDMATAN MENGURUSKAN PEMBELIAN TIKET FERI DAN TEMPAT LETAK KERETA DI KUALA KEDAH DAN KUALA PERLIS BAGI PENGANJURAN LTDL 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Kedah Dan Perlis serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221504 – Kapal/Bot/Bot Tunda/Feri/Bot Malim/Barge/Jet Ski/Kapal Selam

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/020/2024 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN MENGURUSKAN PEMBELIAN TIKET FERI DAN TEMPAT LETAK KERETA DI KUALA KEDAH DAN KUALA PERLIS BAGI PENGANJURAN LTDL 2024
TARIKH BUKA : 26 OGOS 2024 (ISNIN)
TARIKH TUTUP : 2 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Fairul Fadzli Ahmad Muzni (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN 22ND ASIAN KARATE CADET, JUNIOR & U21 CHAMPIONSHIPS 2024

Tarikh: 21 – 26 OGOS 2024

Tempat: MANILA, FILIPINA

Junior Kumite Male -61kg

🥇1st – JPN🇯🇵

🥈2nd – IRN🇮🇷

🥉3rd – MAS 🇲🇾Leidaneswan Asaithamby

U21 Kumite Male -55kg

🥇1st – IRN🇮🇷

🥈2nd – VIE🇻🇳

🥉3rd – MAS🇲🇾Thevendran Kaliana Sundram

U21 Kumite Female +68kg

🥇1st – IRN🇮🇷

🥈2nd – KAZ🇰🇿

🥉3rd – MAS🇲🇾Mirza Amirah Syuhada Mohd Faizal

📸: Asian Karate Federation

PABM belum jumpa bayangan Aniq Kasdan 2.0 di Sukma 2024

PERSATUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) menyifatkan pencarian Aniq Kasdan 2.0 masih jauh berdasarkan pencapaian diraih barisan atlet pelapis pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 yang melabuh tirai pada Sabtu.

Malah Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat menegaskan prestasi angkatan secara keseluruhan ditampilkan atlet pelapis yang mewakili negeri masing-masing masih berada pada tahap biasa.

“Jadi jika ditanya saya untuk melahirkan Aniq Kasdan 2.0 dari Sukma 2024 untuk saingan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, jawapannya masih jauh lagi.

“Ini kerana kita lihat secara keseluruhan angkatan yang ditampilkan atlet-atlet pelapis angkat berat yang mewakili negeri-negeri masih di bawah keupayaan sebenar sama ada berat angkatan menurun atau gagal raih emas.

“Apapun saya masih menunggu laporan penuh setiap kategori daripada setiausaha sebelum kita nilai semula prestasi mereka ini sama ada perlu bersaing dalam kategori lain,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Pada masa sama Ayub mengakui terdapat beberapa atlet sukan tersebut yang menyerlah di temasya dwi tahunan berkenaan yang perlu konsisten diberikan latihan mencukupi secara berterusan.

“Sukma 2024 kali ini kita lihat ramai atlet muda berusia sekitar 15 tahun ke atas yang perlu terus diberi ruang untuk mengembangkan lagi potensi mereka.

“Ada juga beberapa atlet Sukma 2024 yang berpotensi diketengahkan untuk mewakili skuad kebangsaan. PABM akan hantar surat kepada mereka ini, namun sama ada mereka menerima atau menolak semuanya bergantung kepada atlet.

“Saya tegaskan di sini, panggilan menyertai pasukan kebangsaan ini merupakan khidmat seseorang itu dalam membawa nama Malaysia, yang tiada syarat-syarat tertentu,” ujarnya lagi.

Sebagai rekod, Sukma 2024, atlet Perlis, Muhammad Hafizuddin Roslin antara paling menonjol apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali Kategori 81 kilogram (kg) lelaki.

Hafizuddin yang berusia 20 tahun melakukan angkatan snatch 141kg, mengatasi rekod milik Nasir Roslan 140kg semasa Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan pada 2021, sebelum melakukan dua lagi angkatan yang memadam rekodnya, 146kg dan terbaru 151kg.

Muhammad Hafizuddin kemudian melakukan angkatan pertama Kategori Clean and Jerk 165kg, memecah rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 316kg untuk memadam rekod lama Nasir (315kg).

Seterusnya, Muhammad Hafizuddin memecah rekod kebangsaan Kategori Clean and Jerk pada angkatan kedua dengan 176kg sebelum memperbaharui rekod sendiri dengan angkatan 181kg menjadikan keseluruhannya 332kg.

Qistina Qharisya Suffia antara atlet angkat berat wanita menyerlah dalam temasya Sukma Sarawak 2024 yang berakhir Sabtu lalu. Foto Bernama

Qistina Qharisya Suffia antara atlet angkat berat wanita menyerlah dalam temasya Sukma Sarawak 2024 yang berakhir Sabtu lalu. Foto Bernama

Kategori wanita 45kg pula menyerlahkan potensi atlet Perak, Qharisya Suffia Mohd Muzani apabila rekod kebangsaan baharu Kategori Snatch dengan angkatan 65kg, Kategori Clean and Jerk (79kg) dengan angkatan keseluruhan 144kg.-Sinar Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia