Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives August 20, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Terbuka Jepun: Zii Jia terkandas di pusingan pertama

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia berdepan kejutan terbesar apabila tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Yokohama Arena itu, Zii Jia dilihat bergelut untuk mengeluarkan permainan sebenar sebelum tewas 18-21, 13-21 kepada pemain Perancis, Alex Lanier dalam tempoh 41 minit.

Zii Jia yang baru sahaja memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 berdepan kejutan apabila Lanier menampilkan permainan cukup kemas di set pertama sehingga menyebabkan aksi pemain berusia 26 tahun itu serba tidak menjadi.

Tewas di set pertama, pemain No.6 dunia itu kemudiannya cuba memperkemaskan permainan pada set berikutnya, namun Lanier mengekalkan aksi konsisten dan menguasai sebahagian besar perlawanan.

Harapan untuk kembali mengejar seolah-olah terpadam apabila Lanier mendahului permainan 19-13 sebelum dia melengkapkan kemenangan 21-13 bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.

Turut tersingkir di pusingan pertama adalah perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei yang terpaksa akur tewas 18-21, 10-21 kepada pilihan ketiga dari China, Wang Zhi Yi.

Sementara itu, dua beregu lelaki kebangsaan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SIRI LAWATAN KETUA KONTINJEN NEGARA KE PARALIMPIK PARIS 2024 – SUKAN PARA RENANG

KAMPUNG PANDAN – Ketua Kontinjen Negara ke Temasya Paralimpik Paris 2024 YBhg. Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair meneruskan siri lawatan untuk sukan Para Renang di Pusat Akuatik Kampung Pandan pagi tadi.

Pada lawatan tersebut beliau sempat bertemu dengan atlet para renang Muhammad Imaan Aiman yang bakal membawa cabaran negara dalam acara 100M Kuak Lentang (S14).

Seorang lagi perenang negara ialah Muhammad Nur Syaiful Zulkafli yg bakal bertanding dalam acara 4 jenis acara 50m, 100m dan 200m Gaya Bebas serta 100m Kuak Dada (S5/SB4).

Sukan Para Renang bakal berlangsung di Paris La Defense Arena bermula 29 Ogos hingga 7 September 2024.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT BESAMA KETUA KONTINJEN (CDM) SUKMA XXI SARAWAK SESI 4

Mesyuarat bersama Ketua Kontinjen Negeri SUKMA XXI Sarawak sesi 4 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Waterfront pada Selasa.

Turut hadir, Datu Felicia Tan, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita Sarawak.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Momentum positif Sze Fei-Nur Izzuddin di Jepun

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan apabila lulus ujian pertama Kejohanan Badminton Terbuka Jepun sebentar tadi.

Prestasi pasangan negara itu ternyata berada pada tahap terbaik, biarpun berehat lama untuk menumpaskan Kazuki Shibata-Naoki Yamada dari Jepun secara straight set.

ADVERTISING

Mereka yang menghuni ranking ke-13 dunia mendominasi permainan untuk menang set pertama 21-13.

Momentum positif diteruskan pada set kedua untuk mengesahkan kemenangan 21-13 dalam tempoh 39 minit permainan di Arena Yokohama itu.

Sze Fei-Nur Izzuddin bakal menanti sama ada wakil negara, Low Hwang Yee atau beregu dari Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han dalam saingan pusingan kedua.-Sinar Harian

Sukma2024 : Kriket

Sekitar aksi perlawan akhir softball lelaki dan wanita pada 19 Ogos bertempat di Padang Bola Sepak IKBN dan SMK Merbau, Miri.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Sekitar aksi lawan pedang peringkat akhir acara Foil Lelaki Individu 19 Ogos bertempat di Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri.

Keputusan:

🥇Kaerlan Vinod Kamalanathan – WPE

🥈Goh Wen Hao – WPE

🥉Yu Shern Heng – SEL

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MSN fokus bangunkan atlet sukan ‘lasak’ ke Olimpik

MAJLIS Sukan Negara (MSN) bakal mengatur perancangan lebih tersusun terutama membangunkan atlet berprestasi tinggi dalam sukan-sukan lasak yang telah dipertandingkan di Sukan Olimpik Paris 2024 yang berakhir minggu lalu.

Sukan baharu yang dipertandingkan di Paris seperti papan selaju, memanjat dan luncur ombak mula mendapat perhatian negara-negara Asia mahupun di rantau ini.

Tidak mengejutkan, Indonesia yang menghantar empat atlet dalam sukan memanjat berjaya meraih satu pingat emas menerusi Veddriq Leonardo yang mencipta sejarah meraih kemenangan acara speed climbing lelaki.

Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, pihaknya merancang untuk melahirkan atlet berprestasi tinggi dalam sukan tersebut memandangkan ia telahpun bertapak di Malaysia.

“Berdasarkan Sukan Olimpik Paris 2024, kita dapat melihat bahawa beberapa sukan baru telah diperkenalkan dan sukan-sukan ini nampaknya berpotensi untuk memberikan peluang kepada negara-negara seperti kita.

“Sebagai contoh, negara jiran kita seperti Indonesia telah berjaya memenangi pingat dalam sukan-sukan seumpama ini.

“Mungkin sukan-sukan ini sesuai dengan rakyat Malaysia. Jadi, kita perlu melihat dari sudut itu. Sukan-sukan ini sudah mula bertapak di Malaysia dan kita perlu mencari serta mengembangkan atlet untuk mencapai tahap berprestasi tinggi.

“Pada masa ini, sukan-sukan tersebut berada pada peringkat sosial. Oleh itu, kita perlu menilai bagaimana kita boleh mengangkat sukan-sukan ini ke peringkat prestasi yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.

Ketika ditanya perancangan MSN selepas ini, Abdul Rashid menegaskan pihaknya akan melakukan kerjasama dengan pihak persatuan terutama membangunkan program lebih tersusun.-Kosmo

Majlis Sukan Negara Malaysia