Majlis Perasmian SUKMA 2024 telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Stadium Sarawak, Kuching pada 17 Ogos 2024.
Upacara gilang-gemilang itu dianggarkan lebih 40,000 pengunjung yang hadir menyaksikan stadium bermandikan kilauan cahaya dan sorakan orang ramai ketika menyambut perarakan masuk setiap kontinjen yang bermula dengan Johor selaku pemenang SUKMA 2022 dan diakhiri dengan kontinjen Sarawak.
Turut hadir sama, YBhg. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan serta YBhg. Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.






































