BUKIT JALIL – Ketua Kontinjen Negara ke Temasya Paralimpik Paris 2024 YBhg. Laksamana Pertama (B) Dato’ Subramaniam Raman Nair meneruskan siri lawatan untuk sukan Para Badminton.
Pada lawatan tersebut beliau bertemu dengan pemain utama negara Cheah Liek Hou dan Muhammad Fareez Anuar yang bakal membawa cabaran negara untuk kategori Persorangan Lelaki SU5 bersama 3 lagi pemain Mhd Amin Burhanuddin (SL4) Muhammad Ikhwan Ramli (WH1) dan Noor Azwan Noorlan (WH1) di Porte De La Chapelle Arena bermula 29 Ogos hingga 2 September 2024.










