YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyambut kepulangan Delegasi Pasukan Berbasikal dari Olimpik Paris terdiri daripada Dato’ Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, Nurul Izzah Izzati yang telah tiba di KLIA petang tadi bersama-sama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.
Manakala sambutan kepulangan 2 atlet terjun, Nur Dhabitah Sabri dan juga Bertrand Rhodict Lises telah disambut oleh Encik Azrul Hisyam Abd Jalil, Pengarah Bahagian Atlet, MSN.









