Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan penantian pingat Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan memenangi pingat gangsaselepas menewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 22-20, 21-19.
Kejayaan ini sekaligus menyaksikan Aaron-Wooi Yik mempertahankan pingat yang di menangi di Sukan Olimpik Tokyo 2020.





