Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengadakan lawatan ke Perkampungan Atlet pada Sabtu diiringi Chef de Mission, Datuk Hamdin Mohd Amin; Timbalan Chef de Mission, Datuk Nicol Ann David dan Koordinator Road To Gold, Datuk Stuart Ramalingam.
YB Hannah turut meluangkan masa bertemu atlet negara di Sekretariat Kontinjen Malaysia dan kemudian dibawa melawat fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh Sekretariat Malaysia untuk atlet negara sepanjang Sukan Olimpik Paris berlangsung.











