Hari pertama sukan pelayaran

Hari pertama sukan pelayaran membuka tirai menyaksikan atlet negara, Khairulnizam Mohd Affendy meraih tempat ke 27 daripada 43 peserta dengan 47 mata penalti selepas dua pusingan dalam acara single-handed dinghy ILCA 7 lelaki.

Manakala acara single-handed dinghy ILCW 6 wanita, atlet negara, Nur Shazrin Mohamad Latif menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ke-19 daripada 43 peserta dan perlumbaan kedua ditunda hari berikutnya.