Gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal menyekat kemaraan pasangan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang pada perlawanan separuh akhir sebentar tadi.
Aaron-Wooi mengheret permainan ke set penentuan sebelum tewas 19-21, 21-15, 17-21.
Pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M.Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan selepas tewas dalam perlawanan separuh akhir sebentar tadi.
Pearly-Thinaah walau bagaimanapun memberi tentangan sengit sebelum tewas 12-21, 21-18, 15-21.
Well done girls! Let’s fight for bronze
Goh Jin Wei, Atlet Perseorangan Badminton Wanita Profesional Malaysia telah tiba di KLIA jam 12.00 tengahari.
Goh Jin Wei yang membuat penampilan sulungnya di Paris telah menamatkan saingan di peringkat kumpulan apabila tumpas kepada lawannya, atlet nombor 17 dunia, Kim Ga Eun dari Korea Selatan.
Turut hadir sama, YBhg. Datuk Shalin Zulkifli, Ketua Sekretariat MACE, MSN.
Sesi Taklimat Kod Sukan Selamat bersama atlet dan jurulatih Kontinjen SUKMA Perlis telah diadakan pada 2 Ogos bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.
Seramai 200 orang atlet, jurulatih dan pegawai sukan yang akan beraksi di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 telah hadir ke sesi taklimat tersebut.
Hari pertama sukan pelayaran membuka tirai menyaksikan atlet negara, Khairulnizam Mohd Affendy meraih tempat ke 27 daripada 43 peserta dengan 47 mata penalti selepas dua pusingan dalam acara single-handed dinghy ILCA 7 lelaki.
Manakala acara single-handed dinghy ILCW 6 wanita, atlet negara, Nur Shazrin Mohamad Latif menamatkan perlumbaan pertama di kedudukan ke-19 daripada 43 peserta dan perlumbaan kedua ditunda hari berikutnya.
Pemain golf profesional negara, Kevin Kyle Green memulakan kempen dengan mencatat tiga di atas par 74 untuk berkongsi kedudukan ke-53 bersama Kiradech Aphibarnrat dari Thailand dan Nico Echavarria dari Colombia.
Nurul Azreena Mohd Fazil menamatkan cabaran di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 di pusingan 1/32 selepas tewas 0-6 (27-29, 22-27, 25-27) kepada Elif Berra Gokkir dari Turki.
Comeback stronger