Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN TATACARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API

Majlis Sukan Negara dengan Kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pudu telah mengadakan satu sesi latihan pengungsian bangunan dan tatacara menggunakan alat pemadam api pada khamis, 18 Julai 2024 bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan.

Latihan ini bertujuan untuk memastikan semua kakitangan dan penghuni (Atlet / Jurulatih) mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran. Selain itu, untuk meningkatkan tahap keselamatan bangunan dan memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku kecemasan.

Antara jenis-jenis latihan yang dikongsikan adalah latihan pengungsian bangunan, taklimat keselamatan kecemasan kebakaran, latihan bantuan awal kecederaan mangsa dan teknik menggunakan alat pemadam kebakaran.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
MESYUARAT JAWATANKUASA TERTINGGI SUKAN MALAYSIA BILANGAN 11

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Bilangan 11 telah dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bertempat di MSN, Bukit Jalil.

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak bermula 17 Ogos 2024 nanti bakal mencipta sejarah apabila sah mempertandingkan jumlah acara tertinggi untuk disaingi 15 Kontinjen bertanding.

Sebanyak 488 acara daripada 37 jenis sukan akan dipertandingkan di Sarawak, sekaligus mengatasi jumlah tertinggi 426 acara, dua tahun lalu.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia juga turut memilih negeri Selangor sebagai tuan rumah SUKMA dan Para SUKMA XXII yang akan dijadualkan pada tahun 2026.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
KEJOHANAN IBF WORLD YOUTH CHAMPIONSHIP 2024

Sukan: TENPIN BOLING

Tarikh: 7 – 18 Julai 2024

Tempat: Incheon, Korea

FINAL RESULTS:

GIRL’S TEAM:

🥇– MALAYSIA

🥈– SINGAPORE

🥉– NORWAY & COLOMBIA

MIXED TEAM

🥇– KOREA 2

🥈– SWEDEN 2

🥉– MALAYSIA 1 & CZECH REPUBLIC 1

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PERKHIDMATAN SEWAAN KENDERAAN UNTUK KEGUNAAN PETUGAS MSN SEPANJANG TEMASYA SUKAN MALAYSIA XXI SARAWAK 2024-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Sarawak serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya di bawah kod bidang seperti berikut :-

221503 – KENDERAAN/JENTERA/KENDERAAN REKREASI

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/017/2024 (SP)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN SEWAAN KENDERAAN UNTUK KEGUNAAN PETUGAS MSN SEPANJANG TEMASYA SUKAN MALAYSIA XXI SARAWAK 2024
TARIKH BUKA : 18 JULAI 2024 (KHAMIS)
TARIKH TUTUP : 25 JULAI 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini. (Sila rujuk lampiran)

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini.

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Mohd Fairul Fadzli Ahmad Muzni (Spesifikasi Pembekalan) : 03-89929012

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>

PROGRAM TAKLIMAT KOD SUKAN SELAMAT BERSAMA KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Sesi Taklimat Kod Sukan Selamat diteruskan lagi bersempena Majlis Penyerahan Bendera bagi Kontinjen WIPERS bertempat di Dewan Serbaguna Menara Seri Jabatan Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Sesi ini dihadiri oleh seramai 263 orang atlet/jurulatih/pengurus pasukan (melalui scan QR) dari 41 jenis sukan yang akan bertanding di Temasya SUKMA Sarawak 2024

Program berakhir dengan sesi menandatangani dokumen akujanji KSS dan sesi bergambar sebelum sesi raptai Majlis seterusnya.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
2ND INTERNATIONAL INDONESIA OPEN PENCAK SILAT CHAMPIONSHIP 2024

_Day 5 Tuesday_

16 July 2024

Sukan : Pencak Silat

Event :Class A Female ( 45-50kg)

Stage :Final

Athlete : Nur Farah Mazlan vs Rena Putriana (Aceh)

Result :Won 24-12

*Remarks*

Gold Medal

Event :Class H Men( 80-85kg)

Stage :Final

Athlete : Mohd Abdul latif bin maxzakir vs wayan ari arta

(Garuda A)

Result : Lost 59-60

*Remarks*

Silver Medal

Event : Class E Female( 65-70kg)

Stage : Semi Final

Athlete : Nor Ainun Mokhtar vs irana Tias Savira (Universitas Muhammadiyaj Surakarta)

Result : Lost 32-38

*Remarks*

Silver Medal

Event : Ganda Putra

Stage :Final

Athlete :Azrol/Azray vs Asep Raihan/Imam suyudi

Result :WIN 9.925 – 9.905

*Remarks*

Gold Medal

PESILAT TERBAIK LELAKI

M Danial Azrol/M Danial Azray – Ketegori Ganda Putra (silat seni)

📸: PESAKA MALAYSIA

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Sukan Paralimpik Paris: Imaan Aiman teringin jumpa kembarnya, Safawi Rasid!

Atlet Para berusia 18 tahun, Imaan Aiman Muhammad Redzuan, bakal bertanding dalam kejohanan paling berprestij, Sukan Paralimpik Paris 2024, buat kali pertama dalam acara renang 100m lelaki kuak lentang S14.

Pemenang pingat emas Sukan Para ASEAN Kemboja itu turut menerima pujian tatkala netizen menyamakan paras rupanya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid, yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Tersentak dengan itu, Imaan juga berharap agar dapat berjumpa dengan tonggak penyerang Terengganu itu sebagai pembakar semangat buatnya sebelum berlepas ke temasya terbesar dunia berkenaan.-stadiumastro

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
‘Buat yang terbaik, percaya gerak hati’ – Josiah

BUAT yang terbaik dan percaya kepada gerak hati, itu mesej bekas atlet Olimpik tiga kali Josiah Ng kepada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Josiah, rakan sepasukan dan rakan sebilik Azizulhasni sejak 2007 percaya Pocket Rocketman itu mampu bersinar pada masa yang diperlukan.

“Saya sudah mengenalinya lama, saya pernah menjadi rakan sebilik, menjadi orang kepercayaan dan rakan sepasukannya. Jika dilihat pada data kritikal keputusan Olimpiknya, Azizulhasni yang sebenar biasanya akan muncul pada masa yang diperlukan.

“Beliau mara ke separuh akhir di Beijing 2018, final di London 2012, memenangi gangsa di Rio 2016 dan perak di Tokyo 2020. Jadi apa seterusnya?

“Jika anda seorang yang melihat kepada data, apa lagi? Hanya emas! Jika Azizulhasni fokus pada apa yang beliau lakukan dengan baik, iaitu percaya gerak hati, beliau akan membawa pulang emas pertama negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pelancaran koleksi Malaysian Pride PMC (Pestle & Mortar Clothing) x MOM (Majlis Olimpik Malaysia) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Josiah berkata, sama ada Malaysia mempunyai seorang atau dua pelumba pada final acara keirin di Paris dengan Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi pelumba Malaysia yang turut bertanding dalam acara pecut dan keirin, ia tidak semestinya meningkatkan peluang negara meraih pingat emas.

“Saya rasa Azizulhasni akan melakukan apa yang dia akan lakukan, dengan atau tanpa Shah. Dulu bersama Azizulhasni, kami tidak pernah merancang (apa-apa).

“Kami akan membantu antara satu sama lain tanpa merancang apa-apa kerana jika kami membuat rancangan, ia tidak akan berjaya. Terdapat begitu banyak perkara yang berlaku dalam keirin…jika anda merancang, kemungkinan besar ia tidak akan menjadi,” katanya.

Josiah, 44, juga mempunyai mesej untuk atlet Malaysia yang akan membuat penampilan sulung di temasya sukan terbesar itu: “Nikmatilah saat ini dan jangan biarkan tekanan menjejaskan prestasi anda”.

Malaysia menghantar 26 atlet ke Paris dengan antara yang membuat penampilan sulung ialah Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (berbasikal trek), Bertrand Rhodict Lises (terjun) dan Ariana Nur Dania Mohamad Zairi (memanah).

Sementara itu Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib melahirkan rasa teruja dengan ketersediaan barangan pasukan kebangsaan seperti baju, jaket dan topi yang boleh dibeli orang ramai mulai Khamis ini.

“Sebelum ini, kita tak jual baju kontinjen sebab isu penajaan tetapi kali ini kita adakan kerjasama khusus untuk produk dijual di pasaran. Kami berharap kolaborasi (bersama PMC) akan berpanjangan,” katanya.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos. – Bernama

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Pangsapuri mewah, RM1 juta nanti pemenang emas Olimpik

KUALA LUMPUR: Top Residency dan Senheng New Retail Bhd (Senheng) menjadi syarikat korporat terbaru yang tampil menjanjikan habuan lumayan buat atlet negara yang berjaya memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Habuan sebuah pangsapuri mewah bernilai RM1 juta ditawarkan Top Residency kepada mana-mana atlet yang berjaya memenangi pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia di Paris.

Senheng pula menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta kepada tiga pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie yang pernah berada di bawah Program Bakat Badminton SS dari 2012 hingga 2016 jika mereka berjaya meraih emas.

Sekiranya ada lebih daripada satu pemenang, wang tunai berkenaan akan dikongsikan sama rata antara mereka.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mengumumkan perkara itu, berkata pihaknya amat menghargai usaha sama antara kerajaan dengan pihak swasta yang turut memainkan peranan penting bagi memastikan kecemerlangan kontinjen negara di Paris.

“Tajaan ini adalah sebagai menyuntik semangat atlet agar dapat memberikan aksi yang terbaik di bumi Paris nanti.

“KBS (Kementerian Belia dan Sukan) mengalu-alukan lebih banyak syarikat swasta dan korporat untuk tampil ke hadapan dalam usaha sama memajukan lagi industri sukan negara,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Sebelum ini, Cherry Malaysia menawarkan habuan lumayan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kepada atlet yang berjaya memenangi pingat di Olimpik Paris.

Cherry menawarkan SUV Tiggo 8 Pro bagi atlet yang membawa pulang emas, Omoda E5 untuk pemenang perak sementara Tiggo 7 Pro bagi yang membawa pulang gangsa.

Di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), pemenang emas Sukan Olimpik akan menerima RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000).

Atlet turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa bernilai RM2,000.-Berita Harian

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas – MOM

KUALA LUMPUR: Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib menegaskan hal itu bagi mewajarkan pelaburan ketara kerajaan dalam menyiapkan atlet-atlet terlibat untuk mencipta sejarah pada temasya sukan terbesar dunia itu.

“Kita mesti mencapai ini (menyumbang emas)…program itu bukan untuk Paris 2024 sahaja malah menyasarkan Los Angeles 2028 (LA 2028) dengan persediaan sudah pun berjalan.

“Sama ada kita boleh capai atau tidak, ia sangat bergantung pada atlet kita ketika hari pertandingan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan penjaaan daripada Milo kepada MOM, di sini, hari ini.

Projek RTG yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan tahun lepas, bertujuan menyelaraskan usaha dalam misi membawa pulang pingat emas Olimpik pertama Malaysia dengan fokus pada edisi Paris 2024 atau LA 2028.

Setakat ini, RM25 juta telah dibelanjakan untuk projek itu meliputi elaun bulanan tambahan RM3,000 berserta sokongan sains sukan, pendedahan kejohanan dan kejurulatihan.

Antara atlet RTG yang akan bertanding di Paris 2024 termasuk jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, juara dunia beregu lelaki 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan.

Beliau turut mengingatkan kontinjen negara, termasuk atlet, agar tidak bergaul dengan orang awam semasa Sukan Olimpik atas sebab keselamatan, susulan ketegangan politik di Perancis.

Selain itu, Mohd Nazifuddin berkata jumlah penajaan yang diterima bagi edisi kali ini melebihi Tokyo 2020.

“Saya tidak dapat memberikan angka yang tepat tetapi apa yang boleh saya katakan lebih banyak (daripada Tokyo 2020) kerana kami mempunyai penaja baru. Semasa COVID-19, tidak banyak syarikat yang berminat untuk menaja tetapi kini saya fikir minat terhadap sukan telah meningkat,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada Milo kerana terus menyokong para atlet dalam mengejar kecemerlangan sukan sejak penyertaan pertama Malaysia ke Sukan Olimpik sebagai Malaya di Melbourne 1956.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Products, Lim Kerwin berkata kerjasama pihaknya dengan MOM adalah sehingga 2028 dan Milo menyediakan sokongan kewangan selain sumbangan dalam bentuk barangan untuk kontinjen negara bertanding di pelbagai temasya sukan.

— BERNAMA

Majlis Sukan Negara Malaysia