Majlis Sukan Negara dengan Kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pudu telah mengadakan satu sesi latihan pengungsian bangunan dan tatacara menggunakan alat pemadam api pada khamis, 18 Julai 2024 bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan.
Latihan ini bertujuan untuk memastikan semua kakitangan dan penghuni (Atlet / Jurulatih) mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran. Selain itu, untuk meningkatkan tahap keselamatan bangunan dan memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku kecemasan.
Antara jenis-jenis latihan yang dikongsikan adalah latihan pengungsian bangunan, taklimat keselamatan kecemasan kebakaran, latihan bantuan awal kecederaan mangsa dan teknik menggunakan alat pemadam kebakaran.








