Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 19, 2024

SAMBUTAN KEPULANGAN PASUKAN TENPIN BOLING KEBANGSAAN DARI IBF WORLD YOUTH CHAMPIONSHIP 2024 INCHEON, KOREA SELATAN

Pasukan Tenpin Boling Kebangsaan telah tiba di KLIA daripada Kejohanan IBF World Youth Championship 2024 di Incheon, Korea Selatan pada Jumaat jam 5.30 petang.

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 7 hingga 18 Julai yang lalu dan kontinjen negara telah memenangi 1 pingat Emas menerusi acara Berpasukan Wanita yang dibarisi oleh Nur Hazirah Ramli, Adelia Nur Irwan Syazalee, Anis Hannani Romzi dan Adania Mohd Redzwan.

Manakala 1 lagi pingat gangsa menerusi acara Berpasukan Campuran oleh Nur Hazirah Ramli, Adania Mohd Redzwan, Izz Naqiuddin Putera Islahuddin dan Hariz Adlan.

PELEPASAN KONTINJEN NEGARA KE TEMASYA SUKAN OLIMPIK PARIS 2024

Selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada pasukan Memanah Negara yang dibarisi oleh Ariana Nur Dania, Nur Syaqiera dan Nurul Azreena.

Temasya Sukan Olimpik Paris akan membuka tirai pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024 dengan sasaran untuk membawa pulang pingat emas pertama buat negara.

Terima kasih diucapkan kepada barisan penaja rasmi MSN:

1) 100 Plus

2) Tudung People

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 – ZON SELATAN 2024

Majlis Sukan Negara menerusi Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita telah mengadakan Kursus Sains Sukan Tahap 1 dengan kerjasama Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) ISN bertempat di Hotel Granada Johor Bahru.

Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini merupakan salah satu Program Wanita Dalam Sukan melalui Teras 2 : Pembangunan & Infrastruksur.

Kursus Sains Sukan (KSS) merupakan salah satu komponen di dalam Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) yang digunakan oleh jurulatih untuk permohonan lesen kejurulatihan diseluruh negeri bagi meneruskan kerjaya sebagai jurulatih sukan.

KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA TERENGGANU SUPER SERIES 4 2024

17-20 JULAI 2024

KEPUTUSAN – HARI PERTAMA (SESI PAGI)

Lompat Jauh Lelaki

Emas – Datuk Abdul Latif Romly (MSN Para/T20) – 7.37m

Perak – Muhammad Shahrizal Nasharuddin Isham (TRG) – 7.16m

Gangsa – Andre Anura (KOM) – 7.11m

📸: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM)

PROGRAM GO COACH BERSAMA ATLET

Sekretariat Kerjaya dan Pendidikan Atlet (MACE) telah mengadakan satu Program Go Coach yang dikendalikan oleh Syarikat Go Coach Sdn. Bhd bertajuk ‘Athletes Financial Freedom’ bertempat di Athlete Centre, MSN.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu atlet merancang persediaan persaraan dan kewangan masa hadapan dan seramai 42 orang daripada kalangan atlet telah menghadiri program tersebut.

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DAN TATACARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API

Majlis Sukan Negara dengan Kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Pudu telah mengadakan satu sesi latihan pengungsian bangunan dan tatacara menggunakan alat pemadam api pada khamis, 18 Julai 2024 bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan.

Latihan ini bertujuan untuk memastikan semua kakitangan dan penghuni (Atlet / Jurulatih) mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi dalam menghadapi situasi kecemasan seperti kebakaran. Selain itu, untuk meningkatkan tahap keselamatan bangunan dan memastikan tindakan pantas dapat diambil sekiranya berlaku kecemasan.

Antara jenis-jenis latihan yang dikongsikan adalah latihan pengungsian bangunan, taklimat keselamatan kecemasan kebakaran, latihan bantuan awal kecederaan mangsa dan teknik menggunakan alat pemadam kebakaran.

Majlis Sukan Negara Malaysia