Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Bilangan 11 telah dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak bermula 17 Ogos 2024 nanti bakal mencipta sejarah apabila sah mempertandingkan jumlah acara tertinggi untuk disaingi 15 Kontinjen bertanding.
Sebanyak 488 acara daripada 37 jenis sukan akan dipertandingkan di Sarawak, sekaligus mengatasi jumlah tertinggi 426 acara, dua tahun lalu.
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia juga turut memilih negeri Selangor sebagai tuan rumah SUKMA dan Para SUKMA XXII yang akan dijadualkan pada tahun 2026.








