Satu sidang media bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengenai Program Fast Track Squash di bawah inisiatif Jawatankuasa Road To Gold telah diadakan di Dewan Banquet Casa 4, MSN Bukit Jalil.
Sidang media ini adalah mengenai perancangan program latihan 4 atlet squash yang telah terpilih ke dalam program fast track sebagai persediaan awal menghadapi Temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
4 atlet tersebut adalah S.Sivasangari, Ng Eain Yow, Aifa Azman dan Aira Azman akan menjalani pendedahan latihan luar negara selain bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan, perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan serta khidmat kepakaran teknikal.












