PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM RAWATAN AIR KUMBAHAN DAN ‘GREASETRAP’ DI KANTIN KOMPLEKS  MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA SECARA BERKALA UNTUK MSNM-Tutup

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang beroperasi di sekitar Negeri Melaka serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) permit IPA Jenis D) pembentungan dan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya dan bertaraf Bumiputera di bawah kod bidang seperti berikut :-

221010 – Kolam Kumbahan/Sisa Perawatan/Talian Paip/Sesalur

NO. SEBUT HARGA : MSN/SH/053/2023 (SPK)
TAJUK SEBUTHARGA : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SISTEM RAWATAN AIR KUMBAHAN DAN ‘GREASETRAP’ DI KANTIN KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA SECARA BERKALA UNTUK MSNM
TARIKH BUKA : 15 JULAI 2024 (ISNIN)
TAKLIMAT : 17 JULAI 2024 (RABU/10.30 PAGI)
& LAWATAN TAPAK KOMPLEKS MSN SAUJANA ASAHAN, MELAKA
TARIKH TUTUP : 25 JULAI 2024 (KHAMIS)
SEBELUM PUKUL 12.00 TENGAHARI

Akuan Pembida dan Borang Maklumat Penyebutharga dan dokumen sebut harga boleh dimuat turun di laman ini (Sila rujuk lampiran). Kehadiran semasa sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan. Pihak kontraktor juga diwajibkan membawa salinan lesen dan cop syarikat semasa lawatan tapak tersebut.

Dokumen sebut harga perlu dihantar bersama Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Pendaftaran CIDB, Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM), Sijil Akuan Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Sijil Pematuhan Cukai atau Tax Compliance Certificate (TCC) dan satu(1) salinan penyata bank syarikat yang terkini

Dokumen sebut harga yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Sebut Harga dan Tajuk di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti alamat di bawah :

Lobi Aras 1 (Belakang) Bangunan Pentadbiran Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara 57000 Bukit Jalil Kuala Lumpur

Dokumen sebut harga yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup sebut harga tidak akan diterima.

Pihak syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut :-

Cik Norfarizan Noordin ( Urusetia Perolehan ) : 03-89929066
En. Muhamad Faezal Md Noh ( Spesifikasi Teknikal) : 03-89929837

Muat Turun: <Iklan><Spesifikasi><Maklumat Penyebutharga><Akuan Pembida>