Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 15, 2024

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
Proses klasifikasi pemudahcara atlet Para SUKMA Sarawak 2024

KUCHING, 15 Julai: Badan pengurusan atlet Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di seluruh negeri digesa untuk melengkapkan proses klasifikasi atlet Para SUKMA bagi memudahkan atlet mereka bertanding pada Para SUKMA yang bakal berlangsung pada bulan September 2024 kelak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, proses klasifikasi yang lengkap tersebut penting bagi mengelak atlet yang bakal bertanding berdepan dengan kesulitan dan halangan semasa hari kejohanan terbabit.

“Jika semasa proses klasifikasi, atlet yang berada di dalam senarai panjang atau awal itu dikategorikan memiliki daya penglihatan rendah, tetapi setelah proses klasifikasi, mereka ini didapati mempunyai daya penglihatan yang lebih baik daripada kategori asal mereka (daya penglihatan rendah), atlet ini tidak layak untuk menyertai sukan di bawah kategori tersebut.

“Justeru, negeri terbabit masih boleh serta berpeluang untuk melaksanakan proses pertukaran atlet kerana proses pentadbiran itu masih lagi di bawah seliaan negeri masing-masing,” katanya pada sidang media Mesyuarat Penyelarasan Majlis-Majlis Utama Para Sukan Malaysia (SUKMA) Edisi Ke-21 Sarawak 2024 di Kuching pada Isnin.

Tambah Fatimah, badan pengurusan negeri atlet Para SUKMA ini perlu menghantar senarai panjang atlet negeri masing-masing kepada badan induk tuan rumah selewat-lewatnya pada 31 Julai 2024.

Jelasnya, jumlah atlet yang akan bertanding bagi setiap acara sukan yang dianjurkan pada Para SUKMA Sarawak 2024 ini kelak, hanya akan ditentukan setelah senarai pendek diperoleh dan disahkan selepas proses klasifikasi atlet dimuktamadkan. -TVS

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
SIDANG MEDIA PROGRAM FAST TRACK SQUASH DI BAWAH INISIATIF JAWATANKUASA ROAD TO GOLD

Satu sidang media bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengenai Program Fast Track Squash di bawah inisiatif Jawatankuasa Road To Gold telah diadakan di Dewan Banquet Casa 4, MSN Bukit Jalil.

Sidang media ini adalah mengenai perancangan program latihan 4 atlet squash yang telah terpilih ke dalam program fast track sebagai persediaan awal menghadapi Temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

4 atlet tersebut adalah S.Sivasangari, Ng Eain Yow, Aifa Azman dan Aira Azman akan menjalani pendedahan latihan luar negara selain bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan, perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan serta khidmat kepakaran teknikal.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
PROGAM TAKLIMAT KOD SUKAN SELAMAT BERSAMA KONTINJEN SARAWAK

Program taklimat kod sukan selamat bersama Kontinjen Sarawak telah diadakan pada 14 Julai 2024 di Kuching, Sarawak.

Sesi ini telah dihadiri 497 orang atlet dari 20 jenis sukan yang akan bertanding di Temasya SUKMA Sarawak 2024.

Program berakhir dengan sesi menandatangani dokumen akujanji KSS.

Majlis Sukan Negara Malaysia | Majlis Sukan Negara Malaysia
2024 PWBA OKLAHOMA REGIONAL

Sukan : TENPIN BOLING (PODIUM)

Tarikh : 14 Julai 2024

Tempat : Oklahoma, USA

Keputusan Pertandingan

Johan – Esther Cheah (MAS)

Naib Johan – Riana Davis (USA)

Ketiga – Shelby Davis (USA)

**1st PWBA Regional win for Esther Cheah

Majlis Sukan Negara Malaysia