SUKMA XXI SARAWAK 2024
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Bil 3/2024 SUKMA XXI Sarawak telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor.
Mesyuarat diadakan bagi pengesahan acara selepas tarikh senarai pendek pendaftaran atlet telah ditutup pada 5 Julai 2024 yang lalu sekaligus membentangkan persiapan venue pertandingan bagi yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKMA XXI Sarawak 2024, YBrs. Encik Awang Putrayusrie bin Haji Awang Redzuan.
Turut hadir sama, YBrs. Encik Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawan Sarawak, YBrs. Encik Peter Chee Nyuk Min, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024 dan YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN.




























