Majlis Sukan Negara Malaysia

Archives July 13, 2024

MAJLIS UNDIAN SUKAN BERPASUKAN SUKMA XXI SARAWAK 2024

Majlis Undian Sukan Berpasukan bagi temasya Sukan Malaysia SUKMA XXI Sarawak 2024 telah diadakan di Hotel Dorsett Grand, Subang dan melibatkan 11 Jenis Sukan iaitu Bola Sepak Wanita, Futsal Lelaki, Bola Jaring, Bola Tampar Dewan, Hoki, Kabaddi, Ragbi, Sofbol, Bola Keranjang, Kriket dan Sepak Takraw.

Turut hadir sama ke majlis berkenaan, YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN.

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS TEKNIKAL BIL 3/2024

SUKMA XXI SARAWAK 2024

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Bil 3/2024 SUKMA XXI Sarawak telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukan Malaysia XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor.

Mesyuarat diadakan bagi pengesahan acara selepas tarikh senarai pendek pendaftaran atlet telah ditutup pada 5 Julai 2024 yang lalu sekaligus membentangkan persiapan venue pertandingan bagi yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKMA XXI Sarawak 2024, YBrs. Encik Awang Putrayusrie bin Haji Awang Redzuan.

Turut hadir sama, YBrs. Encik Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawan Sarawak, YBrs. Encik Peter Chee Nyuk Min, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024 dan YBrs. Encik Jefri Ngadirin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) MSN.

Majlis Sukan Negara Malaysia