Majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk kesejahteraan dan kejayaan Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 telah diadakan di Surau Al-Faizin, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil.
Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Encik Abdullah Hasan dan Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris akan diwakili 26 atlet dari 9 jenis sukan yang akan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024, manakala 28 atlet dari 7 jenis sukan akan mewakili negara ke Sukan Paralimpik Paris yang akan membuka tirai pada 28 Ogos hingga 8 September 2024.































