Chef de Mission ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan lawatan dan tinjauan persiapan atlet renang, Steve Khiew Hoe Yan dan Tan Rouxin di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil.
Pada lawatan tersebut, Datuk Hamidin meluangkan masa meninjau sesi latihan dan mendapatkan maklumat terkini mengenai persiapan kedua-dua perenang negara ke arah Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Steve dan Rouxin dipilih untuk mengisi dua slot wild card badan induk sukan itu, Akuatik Dunia berdasarkan mata yang dikumpul dalam ranking Akuatik Dunia.
Steve akan menyertai acara 400 meter gaya bebas manakala Rouxin akan beraksi dalam acara 100 meter kuak dada.














